Connect with us

Global

Ibu Tangmo Nida sedia maafkan dua lelaki dalam bot selepas ditawarkan pampasan RM3.8 juta

Ibu kepada mendiang pelakon terkenal Thailand, Nida “Tangmo” Patcharaveerapong hari ini menyatakan keikhlasannya memaafkan dua lelaki yang bersama anaknya pada hari Nida terjatuh dari bot laju, lapor Bangkok Post.

Pun begitu, si ibu yang dikenali sebagai Panida Siriyuthayothin ini tidak memaafkan tiga lagi individu yang turut berada di atas bot yang sama pada hari kejadian.

Dalam sebuah sesi temu bual yang disiarkan dalam program televisyen tempatan, Panida berkata dia memaafkan kedua individu yang merupakan pemilik dan pengendali bot laju pada malam tragedi 24 Februari itu.Memetik Bangkok Post, Panida dihubungi pemilik bot berkenaan pada hari sebelumnya yang memohon maaf dan mahu menemuinya untuk meminta maaf secara peribadi.

Awalnya, Panida mengaku masih marah terhadap lelaki itu namun pemilik bot itu terus dihubungi setiap hari meminta maaf dan berjanji akan menjaga wanita berkenaan yang baru kehilangan anak perempuannya.

Advertisement

“Dia berjanji akan menjaga saya seperti mana Mo (Tangmo) menjaga saya. Saya maafkan dia kerana dia secara konsisten mencuba untuk menghubungi saya dan dia tahu saya sedang sakit,” ujar Panida memetik laporan Bangkok Post.

Memetik Coconuts Bangkok, Panida berkata pemilik bot itu telah menawarkan pampasan sebanyak THB 30 juta (RM 3,840,590.86) di atas pemergian Tangmo Nida.

”Dia memberitahu saya untuk mengira pendapatan Tangmo, jika dia membintangi lakonan dengan harga 800,000 hingga 1 juta baht (kira-kira RM127 ribu) setiap siri, dan jika dia masih hidup selama 30 tahun lagi, dia mungkin akan memperoleh lebih daripada jumlah ini,” ujarnya.

Menurut Panida, dia bersedia menerima pampasan dari lelaki itu yang berjanji bakal memberikan jumlah seperti mana ditetapkan olehnya.

Tambah Panida, dia turut memaafkan pengendali bot pada malam itu kerana telah menemani si pemilik bot untuk menemuinya.

Advertisement

Namun begitu, wanita ini menyangkal dakwaan bahawa kemaafannya adalah kerana wang pampasan yang bakal diterima.

Panida turut kesal dengan beberapa kenalan rapat mendiang anaknya yang menyatakan hasrat mereka mengadakan upacara pemakaman untuk Tangmo, tanpa berbincang dengannya terlebih dahulu.

Ujar Panida memetik laporan Bangkok Post, dia juga telah membuat perancangan untuk upacara pemakaman mendiang anaknya.

Dalam pada itu, Panida mengaku tetap tidak boleh memaafkan pengurus Tangmo kerana wanita itu hanya menghubunginya tiga hari selepas pemergian Tangmo dan turut menyalahkan pengurus anaknya itu atas kematian Tangmo, lapor Bangkok Post.

Berikutan persetujuan Panida menerima pampasan itu, abang Tangmo beserta beberapa individu didakwa merasal kesal dengan tindakan tersebut, lapor portal Coconuts Bangkok.

Advertisement

Hal ini turut disuarakan pelakon dan penyanyi Jennifer Kim melalui laman Instagram miliknya.

“Saya sangat percaya duit mampu beli segalanya dan hari ini, saya percaya duit juga mampu beli sifat keibuan dalam diri seseorang,” tulis Jeniffer.

Sementara itu, Peguam Sittra Biabungkerd juga turut bersimpati ke atas nasib mendiang selebriti itu yang baginya masih ‘dipergunakan’ walaupun telah meninggal dunia.

“Saya rasa sangat kesian pada Tangmo. Tiadakah orang yang tulus menyayanginya tanpa ganjaran apa-apa? Walaupun dia telah tiada, orang masih mencari untuk memperoleh sesuatu,” ujar Sittra memetik Coconuts Bangkok.

Dalam pada itu, abang kepada mendiang Tangmo hanya mampu menzahirkan rasa kesal dengan satu perkataan.

Advertisement

“Kecewa,” tulis abang Tangmo sendiri dalam satu hantaran selepas kemunculan ibunya.

Sumber: SiakapKeli

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel