Connect with us

Global

Dulu tak setuju, luahkan kekecewaan bila ibu pilih duit, tapi sekarang abang Tangmo pula tarik diri dari tuntut keadilan.

Melihat perkembangan siasatan serta penemuan bukti baru di Sungai Chao Phraya oleh pasukan penyelam, nampaknya kebenaran tentang kehilangan Mo dipercayai semakin menghampiri penghujung. Terdahulu, Panida Siriyudthayothin iaitu ibu kepada mendiang pernah mencetuskan kontroversi setelah dikhabarkan bakal menerima wang duka daripada 2 suspek kejadian.

Turut tidak bersetuju dengan keputusan ibunya, abang mendiang, Khun Dayos sempat meluahkan rasa kecewa kerana kehilangan Mo ibarat dipandang sebagai hal remeh. Akan tetapi, dia berani ‘melawan arus’ lantas bekerjasama dengan Peguam Tumm Sittra untuk terus memperjuangkan keadilan di sebalik kejadian malam 24 Februari itu.

Abang tiba-tiba tarik diri & enggan terlibat dengan Peguam Tumm.

Malang sekali, Peguam Tumm kembali mendapat khabar duka apabila Khun Dayos tiba-tiba sahaja menarik diri dan enggan terlibat lagi buat masa sekarang. Difahamkan juga, Panida telah mengirimkan sepucuk surat dengan peringatan agar pihak Tumm tidak masuk campur lagi dalam siasatan mengenai Mo.
“Sekarang, saya cuma ada 1 peguam sahaja iaitu K’Gritsana. Saya tak izinkan peguam lain masuk campur. Lagipun, siasatan polis sudah berjalan. General polis juga dah berikan saya nasihat & saranan. Saya letakkan kepercayaan pada ketelusan pihak polis melaksanakan kerja mereka. Saya tidak mempertikaikan atau berikan tekanan kepada siasatan yang sedang berjalan. Saya biarkan mereka buat kerja mereka. Saya merayu pada Peguam Tumm, jangan terlibat lagi dalam mana-mana hal berkaitan isu Mo. Saya tak lantik Tumm sebagai peguam”

Advertisement

Abang Mo lebih menghargai nilai kekeluargaaan…Hormat keputusan ibu

Akibat perbezaaan pendapat, sebelum ini Khus Dayos dan Panida telah melantik 2 orang peguam yang berbeza. Namun untuk Peguam Tumm Sittra, sejak awal lagi beliau memang sangat tegas dan banyak memberikan tekanan kepada pihak berkuasa supaya kebenaran cepat terungkai. Memahami ikatan kekeluargaan adalah segala-galanya, sebab itulah abang mendiang mengundur diri dan mengikut perancangan ibunya.

Tular Warganet Thailand Tampil Sindir Ibu Tangmo Gunakan Lagu Lisa Blackpink. Sekali Rupanya Ini Punca Disindir.

Warganet guna lagu Lisa Blackpink sindir ibu Tangmo. Tindakan ibu kepada aktres Tangmo Nida iaitu Panida Siriyudthayothin memaafkan dua suspek kehilangan anaknya dengan bayaran wang pampasan berjumlah RM3.8 juta terus mengundang kemarahan warganet.

Menurut laporan LoveKpop, warganet Thailand memuat naik sedutan lagu Lisa Blackpink berjudul Money di Twitter bagi menyindir ibunya yang didkwa mata duitan berhubung kejadian ini. Sebelum ini, nama Panida menjadi trending di laman berkenaan dan rata-ratanya meluahkan rasa kecewa dan mengtvk tindakan wanita berkenaan menerima wang pampasan tersebut.

Advertisement

Lebih membuatkan ramai bengang apabila Panida sanggup memaafkan dua individu yang turut berada di atas bot sama dengan mendiang anaknya. Dalam pada itu, abang tiri Tangmo dikenali sebagai Dayos turut meluahkan rasa kecewa dengan tindakan tersebut dan mengakui tidak mampu menonton temubual bersama Panida di Channel 3 yang bersiaran pada Jumaat lalu.

Mahu kes ini disiasat secara menyeluruh, Dayos mengambil tanggungjawab mahu menuntut keadilan untuk Tangmo. Dia juga berterima kasih kepada media, rakan-rakan Tangmo dan warganet yang membantu merungkai kes berkenaan. Dalam masa sama, dia turut memohon orang ramai berhenti mengkritik Panida meskipun dia sendiri tidak bersetuju dengan tindakan menerima wang pampasan itu.

Pada Jumaat lalu, Panida memaafkan dua suspek iaitu pemandu bot laju Phaiboon Roberts serta Danupat ‘Por’Lerttaweewit (pemilik pengusahaan bot laju). Panida menerima permohonan maaf selepas dua individu itu kerap menghubunginya dan mengaku kesal dengan apa yang berlaku.

Terdahulu mayat Tangmo Nida dilaporkan dijumpai oleh pasukan penyelamat tempatan selepas tiga hari hilang dipercayai lemas. Mayatnya ditemui terapung di sungai sekitar 300 meter dari Pibulsongkram Pier, Nonthaburi, Bangkok, kira-kira 1 kilometer dari lokasinya terjatuh.

Sumber: Khaosod Online, mstar

Advertisement

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel