Connect with us

Global

Makcik kantoi curi tabung Masjid, aksi berjaya dirakam CCTV

Tular satu rakaman CCTV kejadia yang berlaku di Indonesia, seorang wanita tua dilihat berusaha sedaya upaya mencuri tabung masjid dan cuba melarikannya dengan sebuah motorsikal.

Namun apa yang lebih mengejutkan netizen adalah saiz tabung yang cuba dicuri olehnya itu sangat besar dan kelihatan mustahil untuk dibawa lari.

Memetik portal suara.com, dapat dilihat menerusi video tular tersebut, wanita terbabit memastikan keadaan masjid lengang terlebih dahulu sebelum bertindak mengangkut tabung masjid yang besar itu.

Dia kelihatan bertungkus-lumus membawa tabung yang berat tersebut sambil berlari dan kemudian meletakkannya di atas sebuah motosikal.

Advertisement

Dia kemudian dilihat cuba untuk meletakkan tabung tersebut di tempat duduk hadapan motosikalnya tetapi tidak boleh kerana tabung itu terlalu besar.

Setelah memastikan tabung tersebut selamat ‘ditunggangnya’, dia segera menaiki motosikalnya dan beredar dari situ.

Walaupun berhadapan kesukaran, dia tetap menunggang motosikalnya untuk keluar dari perkarangan masjid.

Dia kemudiannya terjatuh ke atas kaki lima manakala tabung tong gas LPG yang dicuri itu jatuh menimpa badannya.

“Oh terbalik, motor dia terbalik,” kata orang yang merakam CCTV itu.

Advertisement

Tetapi dia tidak berputus asa, tabung yang jatuh itu dinaikkan semula ke atas motosikalnya dan berjaya beredar dari situ.

Kedudukannya ketika menunggang motosikal tersebut kelihatan pelik kerana terhalang oleh tabung yang diletakkan di depannya.

Netizen memberikan pelbagai reaksi apabila melihat video tersebut, ada di antara mereka yang mengesyaki bahawa pencuri itu sebenarnya seorang lelaki yang menyamar menjadi makcik tua.

“Ya Allah instan karma,” ujar salah satu warganet.

“Pencuri tidak profesional,” komen warganet.

Advertisement

“Sakit, sekurang-kurangnya ada yang patah,” ujar warganet lagi.

“Karma dibayar secara tunai,” tambah seorang lagi.

Sumber: Suara.com

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel