Connect with us

Global

Disangka perompak bank, Pengarah terkenal filem “Black Panther” Ryan Coogler ditahan polis

Ryan Coogler telah ditahan oleh polis pada Januari lalu selepas disalah anggap sebagai perompak bank.

Pengarah filem “Black Panther” yang ketika itu berada di Atlanta telah cuba membuat pengeluaran daripada akaunnya di ‘Bank of America’. Nenurut laporan polis yang diperoleh CNN, juruwang itu menerima amaran pada akaunnya kerana jumlah pengeluarannya melebihi $10,000. Juruwang itu memberitahu pegawai atasannya bahawa dia menyangka Coogler cuba merompak bank itu dan mereka menghubungi 911.

Coogler dilaporkan telah menulis nota di belakang slip pengeluarannya yang menyatakan bahawa dia mahu wang itu dikira secara rahsia, memandangkan jumlah pengeluaran itu besar, menurut laporan itu lagi.

Apabila anggota polis tiba, dua rakan Coogler, yang menunggunya di dalam kenderaan yang diletakkan di luar bank telah ditahan. Manakala Coogler pula digari sementara menunggu pihak polis melakukan siasatan. Namun tidak lama kemudian pengarah terkenal itu dibebaskan selepas mereka mengesahkan identitinya.

Advertisement

“Keadaan ini tidak sepatutnya berlaku. Bagaimanapun, ‘Bank of America’ telah memberikan kerjasama kepada saya” kata Coogler dalam satu kenyataan kepada Variety.

CNN telah menghubungi wakil Coogler untuk mendapatkan komen.

“Kami amat kesal kerana insiden ini berlaku. Ia tidak sepatutnya berlaku dan kami telah memohon maaf kepada Encik Coogler,” kata Bank of America dalam satu kenyataan kepada CNN.

Coogler dilaporkan ketika itu berada di Georgia kerana pengambaran “Black Panther: Wakanda Forever,” sekuel filem paling larisnya pada 2018.

Filem ini dijangka ditayangkan pada bulan November nanti.

Advertisement

Sumber: CNN

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel