Connect with us

Terkini

‘Saudara Baru’ Ayline dari Kristian Katolik Kepada Islam, kini tak sabar nantikan Ramadan pertama

Kini seluruh dunia diuji dengan penularan pandemik Covid-19. Malah sejak itu, ramai dilihat terkesan dan menerima akibat daripada penularan pandemik tersebut dalam menempuhi kehidupan seharian.

COVID-19 bukan hanya memberi implikasi kesihatan, ekonomi malah kepada sosial. Ramai juga yang mengambil peluang saat pandemik ketika ini untuk lebih mendekatkan diri kepada Allah S.W.T.

Menerusi perkongsian yang menerima jutaan tontonan dari seorang pengguna Tiktok, Ayline, beliau berkongsikan mengenai penghijrahan hidupnya daripada seorang penganut Kristian Katolik ke agama Islam.

Sejak wabak Covid-19 melanda, Ayline berkata dia mulai mempelajari ilmu agama Islam dan Al-Quran sebelum mengambil keputusan untuk terus memeluk agama fitrah ini.

Advertisement

Namun berhijrah ke sesuatu yang baru pastinya bukan mudah. Ini kerana pasti akan ada halangan dan cabaran yang terpaksa ditempuh.

Tetapu jika kita tetap teguh pasti jalannya akan dipermudahkan. Apatah lagi jika ianya adalah sesuatu yang ke arah kebaikan.

Akhirnya pada tanggal 29 Julai tahun lalu, dia bertekad untuk mengucapkan dua kalimah Syahadah dan secara rasminya menjadi seorang Muslim.

Kini dengan Ramadan yang bakal berkunjung tiba, sebagai seorang saudara Muslim yang baharu (muallaf), kedatangan bulan suci Ramadan yang bakal disambut buat pertama kali dengan ibadah berpuasa sudah tentu amat dinanti-nantikannya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-ratanya mengucap syukur dan mendoakan agar Ayline terus istiqomah serta dipermudahkan jalannya untuk mendekati Islam & Allah SWT.

Advertisement

Sumber: TikTok Ayline

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel