Connect with us

Viral

‘Cinta pertama anak perempuan itu kepada ayahnya’ – Lelaki tabah bawa putrinya hadiri perkahwinan dipercayai bekas isteri

Perkahwinan merupakan satu ikatan dan perjanjian seumur hidup. Ramai yang mengimpikan mempunyai jodoh yang panjang serta rumah tangga yang bahagia.

Namun, sebagai manusia biasa tidak siapa yang tahu tentang jangka hayat jodoh yang kadangkala terlerai ditengah jalan.

Hal ini samalah seperti satu perkongsian yang dibuat oleh seorang pengguna TikTok dikenali sebagai @Mitra Astetika apabila memuat naik sebuah video memaparkan seorang lelaki dipercayai bekas suami dan anak perempuannya yang menghadiri perkahwinan bekas isterinya.

Sungguh cekal hati si ayah yang membawa putrinya untuk berjumpa ibu yang sedang meraikan saat-saat bahagia bersama suami baru.

Advertisement

Menerusi ruangan komen, warganet meluahkan rasa terharu dan kagum dengan kecekalan hati lelaki tersebut. Mereka turut mendoakan agar dia menjadi yang terbaik untuk anaknya serta bertemu jodoh dengan yang lebih baik.

“cinta pertama anak perempuan itu kepada ayahnya😳” tulis seorang warganet.

“Bagi orang muslim, ALLAH tidak melarang perceraian, tapi ALLAH membencinya”

“Seribu satu suami macam ini. semoga sihat selalu. Berbeza dengan aku🥺” tulis
aryavandra3.

“anaknya pun tak mahu peluk ibunya… semoga jadi yang terbaik buat ayahmu nak..” tulis Bert.

Advertisement

“Tak sedar aku yang menangis… sabar bang… yang terbaik ALLAH telah siapkan hnya waktu yg dpt mmpertemukan.” komen seorang lagi.

“mengapa hati aku yang luluh.. tidak mengapa bro putri mu lebih menyayangimu kerana ikatan darah itu lebih kukuh dari meterialistik” tulis BeCk_Hastalavista pula.

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel