Connect with us

Kemalangan

Kereta terbabas hingga tercabut enjin selepas rempuh stesyen minyak

Tular video di media sosial memaparkan sebuah kenderaan yang mengalami kemalangan setelah merempuh sebuah stesyen minyak.

Menerusi perkongsian yang tular dilaman TikTok itu, kenderaan itu dilaporkan dari sungai long menghala ke bukit dukung sebelum terbabas melanggar tiang dan merempuh stesyen minyak petronas.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 3 pagi itu, tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Namun kereta terbabit remuk teruk dan enjin tercabut keluar daripada kenderaan.

Menjengah ke ruangan komen rata-rata netizen meluahkan rasa terkejut dengan keadaan kenderaan yang terlibat sehingga tercabut enjin.

Advertisement

“Nasib tak langgar pam minyak” komen seorang netizen.

“ini ciri keselamatan, bila terhentak di depan, enjin akan terjatuh, tak ada lah masuk dalam kereta.” komen seorang lagi.

“Video atas kemalangan kereta pastu ‘swipe’ jumpa ni, aku rasa aku tak naik kereta minggu ni”

Apa pun, sentiasa amalkan pemanduan berhemah dan berhati-hati tidak kira waktu mahu pun keadaan jalan. Sentiasa ingat ‘Pandu cermat, jiwa selamat. Ingatlah insan yang tersayang.’

Sumber: azmil mustafa

Advertisement

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel