Connect with us

Jenayah

Suspek kes rompak di Puchong Prima guna Pistol milik polis yang mati dibunuh

SHAH ALAM, 12 Mac (Bernama)- Suspek yang menembak mati seorang pengawal keselamatan dan mencederakan seorang lagi dalam kes rompakan bank di Puchong Prima, dekat sini semalam dipercayai menggunakan pistol yang dicuri milik seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal yang dibunuh pada 31 Ogos 2017.

Ketua Polis Selangor Datuk Arjunaidi Mohamed berkata pistol jenis Walther P99 itu dipercayai dirampas daripada Lans Koperal Valentino Mesa yang meninggal dunia kerana diserang dan ditembak seseorang di Pondok Polis Komuniti Pinggiran USJ.

“Siasatan awal mendapati pistol yang digunakan dalam rompakan nekad berhampiran bank semalam dicuri daripada anggota kita yang meninggal dunia itu. Dengan penahanan lelaki warga tempatan berumur 38 tahun itu, pistol berkenaan berjaya kita rampas kembali,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam sidang media berhubung perkembangan kes rompakan nekad berhampiran sebuah bank di Puchong Prima, semalam yang menyebabkan seorang pengawal keselamatan ditembak mati dan seorang lagi cedera.

Advertisement

Pada 31 Ogos 2017, media melaporkan Valentino, 29, ditemukan meninggal dunia oleh anggota Unit Peronda MPV yang pulang daripada rondaan pada 3.25 pagi dengan kesan tembakan pada badan di pondok polis tersebut.

Selain itu, Arjunaidi berkata pihaknya juga turut mengesan enam kes samun bersenjata api di sekitar Selangor yang disyaki dijalankan secara solo oleh suspek dan dipercayai dia turut menggunakan pistol tersebut dalam kesemua kes itu.

Mengulas berhubung kes semalam, Arjunaidi berkata kejadian yang berlaku pada 5.50 petang itu adalah semasa empat pengawal keselamatan sebuah syarikat keselamatan sedang memindahkan wang tunai berjumlah RM1.03 juta daripada bank ke sebuah van.

“Kemudian berlaku pergelutan antara suspek dengan pengawal…suspek telah melepaskan tiga das tembakan yang satu daripadanya telah terkena belakang seorang pengawal keselamatan yang mengakibatkan pengawal itu meninggal dunia.

“Dua lagi das tembakan pula satu daripadanya telah terkena bahagian rusuk kiri seorang lagi pengawal keselamatan yang kini dirawat di Hospital Serdang.

Advertisement

“Semasa kejadian, suspek berjaya membawa lari wang dianggarkan RM500,000 dan semasa ditahan, kami telah merampas RM350,000 yang ada pada suspek,” katanya.

Terdahulu, suspek kes rompak berhampiran bank di Puchong Prima itu direman selama tujuh hari bermula hari ini mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh, dan Seksyen 3 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.

— BERNAMA

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel