Connect with us

Global

Curi perhatian ramai, siapa sebenarnya ‘Bird’ ?

Sejak pelakon Thailand Nida Patcharaveerapong atau Tangmo Nida meninggal dunia, figura Bird, kekasih dan tunangnya yang menemani Tangmo Nida sejak dua tahun lalu, terus mencuri perhatian.

Bird Technic atau Bird beberapa kali dirakam kamera bersama kru penyelamat di sepanjang sungai Chao Phraya ketika kekasihnya dilaporkan hilang sejak Khamis (24/2/2022).

Dia juga kelihatan sedang duduk di tepi sungai, terus setia menunggu sehingga kekasihnya ditemui.

Namun apabila mayat Tangmo Nida akhirnya ditemui, Bird dilihat tidak lagi dapat menahan perasaannya dan menangis.

Advertisement

Lelaki berusia 37 tahun itu dilihat menangis dan memeluk mayat Tangmo.

Namun kelibatnya kembali mencuri perhatian ketika hadir di upacara pengebumian Tangmo Nida yang diadakan sejak Jumaat (11/3/2022).

Bird yang masih enggan bercakap dengan media tempatan juga dilihat memegang kotak cincin yang dilaporkan akan digunakan untuk melamar Tangmo Nida.

Reka bentuk cincin itu ditempah khas mengikut kehendak Tangmo dan hanya siap apabila aktres berusia 37 tahun itu meninggal dunia.

Ramai yang bersimpati dengan Bird, termasuk rakan selebriti Tangmo yang dilihat mengiringi Bird di pengebumian Tangmo.

Advertisement

Tidak seperti Tangmo, Bird adalah seorang lelaki biasa yang jauh dari kesibukan dunia hiburan.

Dia mempunyai perniagaan sendiri dalam bentuk fesyen indie bernama StonerBKK.

Bird mengenali Tangmo buat kali pertama kalinya kira-kira 9 atau 10 tahun yang lalu apabila melihatnya di sebuah kedai, dan serta-merta dia mempunyai perasaan tertarik terhadap Tangmo.

Tetapi dia tidak berani untuk meluahkan perasaannya kepada Tangmo kerana menganggap dirinya hanya insan biasa, dan hanya menyapa Tangmo seperti kawan biasa.

Sehinggalah akhirnya Tangmo berkahwin dengan pelakon Phakin Khamwilaisak atau Tono pada 2013 dan bercerai pada 2015, Bird kembali rapat dengan Tangmo.

Advertisement

Walaupun mesejnya kepada Tangmo tidak dijawab, namun Bird menyerahkan segala-galanya kepada Tuhan.

“Saya terus berfikir, meminta kepada Tuhan menemukannya dengan saya, tanpa berputus asa,” kata Bird, menurut The Bangkok Insight.

Sudah beberapa bulan Bird selalu membeli minuman soya di hadapan rumah Tangmo. Dia akihir kemudian Tangmo menarik perhatiannya.

Walaupun akhirnya menjadi kekasih Tangmo, Bird tidak pernah mengambil kesempatan daripada populariti Tangmo.

Bird malah berasa malu untuk ‘tag’ teman wanitanya di Instagram. Semua ini hanya dilakukan oleh Bird selepas Tangmo meninggal dunia, ini kerana dia tahu Tangmo sentiasa mahu Bird untuk tag dirinya dalam setiap foto yang di muat naik.

Advertisement

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel