Connect with us

Kemalangan

2 kanak-kanak maut motosikal ditunggang rempuh tiang elektrik

Dua kanak-kanak lelaki dilaporkan maut selepas motosikal ditunggang mereka terbabas dan melanggar tiang elektrik di kawasan sawah padi di Kampung Terus, Penanti, Bukit Mertajam.

Kedua-dua mangsa yang dipercayai berusia 12 tahun itu, dilaporkan maut di lokasi kejadian selepas tercampak dari motosikal Honda EX5 akibat kecederaan parah di kepala.

Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Terus, Baharuddin Abdullah berkata, beliau menerima panggilan telefon daripada penduduk berhubung kemalangan itu pada 2.30 petang.

Walaupun berada di luar kawasan, katanya, beliau bergegas ke lokasi kejadian dan mendapati dua kanak-kanak itu bukan penduduk kampungnya.

Advertisement

“Mereka didapati masuk meronda dengan menunggang motosikal sebelum terbabit kemalangan.

“Kawasan ini (Kampung Terus) memang banyak orang datang meronda sebab jalan lurus dan nak tengok pemandangan sawah padi, namun tidak sangka berlaku kejadian tidak diingini,” katanya menurut laporan Harian Metro.

Baharuddin berkata, polis menghantar mayat dua kanak-kanak itu ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk bedah siasat.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Shafee Abd Samad mengesahkan kejadian itu dan siasatan lanjut berhubung kemalangan itu masih diteruskan.

Sebelum ini tular rakaman video mengenai kemalangan tersebut tular di laman sosial Facebook dan TikTok sejak lewat petang kelmarin hingga menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.

Advertisement

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel