Connect with us

Global

Russia tayang kekuatan baru, misil nuklear hypersonik mampu tiba di London dalam masa lima minit

Rusia telah mengeluarkan sebuah rakaman ngeri yang menunjukkan tentera lautnya melancarkan peluru berpandu nuklear hypersonik, Zicron yang mempunyai kelajuan 7,000 mph atau 11,265 kmj.

Dalam klip yang dikongsikan itu, latihan berkenaan dipercayai dibuat di Laut Putih, utara Rusia. Mengikut laporan The Sun, dari lokasi berkenaan, roket tersebut akan tiba di London dalam masa lima minit sahaja.

Ia dilancarkan daripada platform di atas kapal kelas Frigat, Laksamana Gorshkov.

Kremlin sebelum ini mendakwa perluru berpandu berkenaan sebagai satu senjata yang tiada tandingan dan tidak mampu dihalang.

Advertisement

Kini, perkongsian rakaman penembakkan peluru berpandu Mach 9 Zirkon – atau Tsirkon itu didakwa seolah-olah untuk membuktikan bahawa Rusia boleh melancarkan serangan nuklear hipersonik ke atas Barat pada bila-bila masa.

Putin sebelum ini pernah memberi amaran, bahawa mana-mana pihak yang mahu mencampuri urusannya dengan Ukraine akan berdepan dengan malapetaka yang tidak pernah dibayangkan dalam sejarah mereka.

Walaupun rakaman itu baru sahaja dikeluarkan, ia dipercayai telah dirakam pada bulan Disember yang lalu, dan didakwa mungkin sengaja disimpan untuk digunakan bagi mengugut pihak Barat.

Konflik Rusia-Ukraine juga mencetuskan kebimbangan banyak pihak apabila Putin secara mengejut mengarahkan unit pertahanan perluru berpandu nuklearnya diletakkan dalam status berjaga-jaga.

Bekas Panglima Tentera Laut Diraja UK, Lord West berkata, satu sahaja ‘keputusan salah’ diambil oleh mereka, ia boleh mencetuskan perang di Eropah – yang boleh menjelma menjadi perang dunia yang melibatkan penggunaan senjata nuklear.

Advertisement

Manakala bekas Timbalan Komander Tertinggi NATO, Jeneral Adrian Bradshaw, berkata pencerobohan Putin ke atas Ukraine boleh mencetuskan perang nuklear jika tentera Rusia melangkah ke wilayah NATO.

Pada hujung minggu, dalam kempen berterusan ke atas Ukraine, Rusia menyerang kemudahan tentera berhampiran sempadan Poland, sekaligus membawa perang selangkah lagi lebih dekat dengan ‘pintu rumah’ NATO.

@malaysianupdatenews Misil nuklear hypersonik Russia mampu tiba di London dalam masa lima minit.😱 #beritaditiktok #NewsAtTikTok #TrendingNewsMalaysia #malaysianupdate #russia ♬ original sound – Malaysian Update

Sumber: The Sun
Terjemahan: SiakapKeli

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel