Saat sebelum lelaki ini didakwa meninggal kerana disuruh selesaikan pendaftaran E-KTP walaupun sedang sakaratul maut

Pejabat Penduduk dan Pendaftaran awam (Disdukcapil) di Bulukumba berubah menjadi situasi tidak dijangka apabila seorang lelaki yang sedang nazak dilaporkan meninggal dunia selepas didakwa disuruh selesaikan dahulu pendaftaran E-KTP miliknya, pada selasa (15/3/2022).

Menurut laporan Indonesia Today, melalui muat naik di akaun Tiktok seorang pengguna yang menunjukkan seorang lelaki yang kelihatan hampir nazak tetapi masih terpaksa merekodkan E-KTP miliknya.

“Detik-detik sebelum bapa ini meninggal dunia kerana terpaksa menjaga kad pengenalan walaupun dia sedang nazak,” tulis seorang pengguna akaun Tiktok.

“Apabila peraturan lebih penting daripada kehidupan,” sambungnya lagi.

Advertisement

Lelaki yang dikenali sebagai Amiluddin ini dilaporkan menghembuskan nafas terakhirnya di Pejabat Disdukcapil.

Menurut salah seorang individu yang berada di lokasi kejadian berkata, lelaki itu menghembuskan nafas terakhir di dalam kereta perkhidmatan awam.

“Dia meninggal di atas kenderaan semasa dirakam. Semasa dia tiba di capil, dia memang kelihatan agak lemah,” katanya.

Jenazah Amiluddin kini telah dibawa ke bilik mayat Hospital Sulthan Dg Radja Bulukumba.

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video

Advertisement

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Pesawat ringan terhempas di Sungkai, dua mangsa selamat

IPOH: Sebuah pesawat ringan bagi tujuan latihan terhempas di kawasan ladang Besaut 2 Tambahan, Sungkai… Read More

13 hours ago

Sadis! Isteri dibunuh dan dikerat-kerat, daging kemudian ditawar kepada jiran

JAKARTA - Seorang lelaki di Indonesia tergamak cuba 'membahagikan' daging tubuh isterinya sendiri selepas membunuh… Read More

14 hours ago

Arif ajak Rini untuk bersetubuh sebelum dibunuh & disumbat dalam bagasi

Misteri sebuah bagasi berisi mayat wanita yang ditinggalkan dalam belukar di Jalan Kalimalang di Bekasi,… Read More

1 day ago

Aniaya Bella: Mahkamah Tinggi Kekalkan Sabitan Dan Hukuman Penjara 12 Tahun Siti Bainun

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Mahkamah Tinggi hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara… Read More

3 days ago

Ketua Polis Negara sahkan Papagomo ditahan

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan Wan Muhammad Azri Wan Deris… Read More

4 days ago

QSR Brands Tutup Sementara Lebih 100 Cawangan KFC

KUALA LUMPUR (Bernama) -- QSR Brands (M) Holdings Bhd, pemegang francais restoran KFC di Malaysia,… Read More

4 days ago