Connect with us

Sukan

Gabungan Snoop Dogg & Joe Flizzow untuk kelab JDT raih perhatian ramai

Penyanyi rap, Joe Flizzow mengakui tidak menyangka dirinya dapat bekerjasama dengan ikon rap dunia, Snoop Dogg kerana dia merupakan peminat penyanyi rap itu sejak di bangku sekolah lagi.

Gabungan mereka berdua ini adalah merupakan kerjasama strategik baharu kelab pasukan Juara Liga Super Malaysia, pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) dengan Universal Music Asia Tenggara (UM SEA) dan Def Jam Recordings SEA bagi menghasilkan lagu tema rasmi kelab itu bertajuk ‘Pioneers’.

Menurut laporan Harian Metro, pemilik kelab pasukan JDT iaitu Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkata sudah pasti legenda hip hop yang terkenal seperti ‘Snoop Dogg’ menjadi pilihan paling tepat bagi mempersembahkan lagu tema rasmi JDT 2022.

Gandingan Snoop Dogg bersama artis Johor, Joe Flizzow sememangnya satu gandingan yang menakjubkan.
Meninjau di ruangan balas, lagu tema rasmi JDT itu mendapat respon positif darpada orang ramai dan rata-ratanya memuji gabungan dua penyanyi rap tersebut merupakan gabungan yang terbaik.

Advertisement

JDT is another level! – netizen.

“Sumpah gempak JDT! Ada Joe & Snoop memang awesome gila doe..,” tulis seorang pengguna YouTube.

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel