Connect with us

Global

Hujan lebat di litar Mandalika, Indonesia guna khidmat bomoh ‘tolak hujan’?

Baru sahaja dirasmikan sekitar beberapa bulan lalu, pastinya ramai yang menantikan sambutan dan keunikan litar Mandalika yang baru sahaja dibangunkan di Indonesia.

Dalam pada itu, litar ini nampaknya tidak menunggu lama dalam mencipta ‘keunikannya’ yang tersendiri dengan kehadiran ‘bomoh hujan’ yang didakwa membantu memulihkan cuaca agar perlumbaan dapat dijalankan selepas mengalami hujan yang lebat.

Situasi yang berlaku bukan sahaja mengejutkan warga Indonesia, malah orang ramai seluruh dunia yang terkedu melihat kehadiran ‘bomoh hujan’ yang membawa sebuah sebuah mangkuk serta berjalan berkaki ayam pada litar berkenaan.

Memetik laporan utusan, ramai pengguna media sosial mempersoalkan ‘keupayaan pawang hujan yang dipertanggungjawabkan untuk menghalang hujan semasa perlumbaan berlangsung’.

Advertisement

Hal ini kerana, pawang hujan yang diupah untuk ‘menghalang hujan’ diberi bayaran lumayan.

Seorang daripada pawang hujan yang sering digunakan khidmatnya dalam beberapa acara besar adalah Rara Isti Wulandari.

Pada 2018, khidmat Rara pernah digunakan untuk menghalang hujan semasa berlangsungnya pembukaan Sukan Asia.

Menerusi Facebook, Rara pernah menunjukkan jumlah bayaran yang diterimanya dengan menjadi pawang hujan.

Biarpun tidak menunjukkan nombor depan, namun pengguna media sosial dapat mengagak jumlah yang diterima Rara bernilai lebih jutaan rupiah.

Advertisement

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel