Connect with us

Global

Disyaki Pedofilia, aksi lelaki tak dikenali cuba cium budak dirakam CCTV

Tular dimedia sosial sebuah video memaparkan aksi seorang lelaki dipercayai seorang pedofilia di Samarinda yang telah dirakam kamera litar tertutup (CCTV) ketika cuba mencium seorang budak.

Memetik laporan suara.com, ketika kejadian, lelaki itu sedang berjalan di sebuah kompleks perumahan di salah sebuah pinggir bandar, dan telah ternampak seorang kanak-kanak sedang bermain di halaman rumahnya.

Kanak-kanak yang masih kecil itu kemudiannya didatangi lelaki tersebut, namun dari kamera CCTV kelihatan kanak-kanak itu bergelut dengannya apabila dipaksa dicium.

Perbuatan keji lelaki itu ditangkap oleh seorang wanita yang keluar dari rumah kanak-kanak tersebut.

Advertisement

Wanita yang dipercayai ibu kepada kanak-kanak itu segera menghalau lelaki tersebut. Lelaki itu hanya tersengih sambil meninggalkan lokasi itu.

Melalui rakaman yang turut dimuat naik di Instagram, turut memberikan maklumat lengkap tentang lokasi dan masa kejadian.

“Seorang lelaki di Samarinda ditangkap keluarga mangsa ketika sedang mencium anak kecil di sekitar kawasan Sungai Kunjang Samarinda siang tadi, Selasa, 22 Mac 2022 kira-kira jam 13:50 tengah hari waktu tempatan.

“Aksi lelaki itu terakam CCTV dan juga diketahui keluarga mangsa. Saat ini suspek sudah ditahan pihak polis,” tulisnya.

Warganet yang berasa marah melihat video tersebut bertindak mengecam dan meluahkan rasa kesal dengan tindakan lelaki itu.

Advertisement

“Jangan bagi muka,” tulis seorang warganet.

“Nasib baik bapa dia tiada, kalau ada dah kena cium dengan parang,” tulis seorang lagi.

“Naudzubillah seramnya ya Allah,” tulis yang lain.

@malaysianupdatenews Aksi lelaki tak dikenali cuba cium budak dirakam CCTV. #beritaditiktok #TrendingNewsMalaysia #NewsAtTikTok #malaysianupdate #indonesia ♬ Suspense – Dreamtime

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel