Connect with us

Jenayah

Polis rakam keterangan suspek pukul penunggang basikal di lampu isyarat

IPOH: Polis merekodkan keterangan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes pukul ke atas seorang penunggang basikal menggunakan batang besi di persimpangan lampu isyarat di Jalan Seri Manjung-Segari, Manjung seperti video tular menerusi laman sosial.

Ketua Polis Daerah Manjung ACP Nor Omar Sappi berkata temu bual ke atas lelaki berusia 34 tahun itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Manjung petang Selasa mendapati punca kejadian adalah salah faham antara lelaki berkenaan dengan penunggang basikal warga asing itu.

“Suspek telah menggunakan kereta jenis Proton Wira yang dipinjam daripada rakannya manakala mangsa yang menunggang basikal telah berada di lorong kiri jalan di lampu isyarat simpang empat AEON Mall Seri Manjung.

“Apabila tiba di tempat kejadian, semasa suspek mahu membelok ke simpang kiri laluan lorong pusat beli-belah itu, mangsa yang berada di lorong kiri laluan utama di persimpangan lampu isyarat tersebut beranggapan bahawa suspek ingin menghimpit dan melanggarnya.

Advertisement

“Oleh kerana salah faham, suspek telah bertindak memukul mangsa kerana mangsa telah memaki hamun serta mencabar suspek,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata sehingga kini, mangsa masih belum dikenal pasti dan tiada sebarang laporan polis yang dibuat olehnya namun pihak polis menerima laporan berkaitan insiden itu daripada seorang wanita pada 10 pagi tadi.

Menurut Nor Omar, kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan dan permohonan perintah untuk siasat (OTI) akan dibuat kepada Timbalan Pendakwa Raya bagi meneruskan siasatan.

“Pihak polis menyeru kepada mangsa yang terlibat supaya tampil membuat laporan polis dan sekiranya orang awam mempunyai sebarang maklumat boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat Insp Irsyadiman Allmui di talian 01117836233 bagi membantu siasatan,” katanya.

Semalam, tular rakaman video menerusi laman media sosial memaparkan seorang lelaki menaiki kereta Proton Wira berwarna biru memberhentikan kenderaan lalu memukul seorang lelaki yang sedang menunggang basikal di persimpangan lampu isyarat berhampiran pasar raya AEON Mall Seri Manjung.
— BERNAMA

Advertisement

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel