Remaja tuang cecair pencuci baju dalam kolam Shopping Mall demi “Views” di Tiktok ditahan polis

Tular tindakan beberapa remaja yang dipercayai menuangkan cecair pencuci baju ke dalam kolam hiasan sebuah pusat membeli-belah di Kluang, Johor semata-mata demi meraih ‘views’ di TikTok telah menerima kecaman hebat daripada warganet

Memetik laporan Kosmo!, lapan remaja lelaki termasuk tiga pelajar sekolah menengah telah ditahan berhubung kes khianat terhadap sebuah kolam hiasan di sebuah pusat beli-belah pada Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisoner Low Hang Seng berkata, suspek yang berusia lingkungan 16 hingga 19 tahun itu ditahan selepas menyerah diri di Balai Polis Sri Lalang di sini kira-kira 9.30 malam tadi.

Katanya, motif kejadian dipercayai akibat terpengaruh dengan aksi TikTok dan hasil ujian saringan air kencing semua suspek adalah negatif.

Advertisement

“Semalam kira-kira 4 petang, pihak polis telah mengesan satu rakaman video tular berdurasi 55 saat yang dimuat naik oleh pemilik akaun Facebook Aku Budak Kluang.

“Video itu jelas memaparkan tingkah laku sekumpulan penunggang motosikal membuat khianat terhadap harta dengan menuangkan dua tong cecair pencuci baju ke dalam kolam hiasan di bangunan Kluang Parade di sini.

“Kejadian itu dipercayai telah berlaku pada Ahad lalu kira-kira 5.30 pagi dan susulan rakaman video tersebut, pihak polis telah mengenalpasti dan membuat tangkapan ke atas lapan lelaki yang disyaki terlibat untuk siasatan selanjutnya,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan iaitu khianat terhadap harta.

“Pihak polis mengingatkan perbuatan vandalisme atau lebih dikenali dengan gejala laku musnah iaitu tabiat membinasakan harta benda awam atau harta benda orang lain boleh diambil tindakan undang -undang.

Advertisement

“Mana-mana pihak yang dikesan sengaja melanggar undang-undang akan diambil tindakan tanpa kompromi,” katanya.

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Faisal Halim Alami Kecederaan Disimbah Asid

KUALA LUMPUR, 5 MEI: Pemain sayap Selangor FC Faisal Halim menjadi mangsa simbahan asid yang… Read More

8 hours ago

Bapa Bersama Dua Anak Ditemukan Lemas Di Sungai Balak

Seorang bapa bersama dua anaknya yang masing-masing berumur sembilan dan enam tahun ditemukan lemas di… Read More

12 hours ago

Motosikal Bergesel Dengan Lori, Penunggang Tercampak Atas Penghadang Besi

Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya bergesel dengan sebuah lori sebelum tercampak ke atas… Read More

17 hours ago

Pesawat ringan terhempas di Sungkai, dua mangsa selamat

IPOH: Sebuah pesawat ringan bagi tujuan latihan terhempas di kawasan ladang Besaut 2 Tambahan, Sungkai… Read More

2 days ago

Sadis! Isteri dibunuh dan dikerat-kerat, daging kemudian ditawar kepada jiran

JAKARTA - Seorang lelaki di Indonesia tergamak cuba 'membahagikan' daging tubuh isterinya sendiri selepas membunuh… Read More

2 days ago

Arif ajak Rini untuk bersetubuh sebelum dibunuh & disumbat dalam bagasi

Misteri sebuah bagasi berisi mayat wanita yang ditinggalkan dalam belukar di Jalan Kalimalang di Bekasi,… Read More

2 days ago