Connect with us

Jenayah

Dua lelaki diberkas polis halang ambulans bawa pesakit dialisis

Polis menahan dua lelaki selepas disyaki menghalang laluan ambulans yang sedang membawa pesakit ke hospital, semalam.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan Cha Hoong Fong, berkata kedua-dua suspek ditahan sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan, kira-kira 4 petang tadi.

Memetik laporan Kosmo!, beliau berkata, semasa kejadian ambulans itu sedang membawa pesakit dialisis ke Hospital Sri Kota di sini.

Insiden itu tular menerusi video berdurasi dua minit 22 saat di laman sosial Facebook.

Advertisement

“Berdasarkan siasatan mendapati, ambulans itu telah diekori rapat dari rapat oleh sebuah van jenis Toyota Hiace warna putih sewaktu melalui kawasan Jalan Tepi Sungai Klang.

“Pemandu ambulans kemudiannya telah menegur pemandu van tersebut dengan menggunakan pembesar suara agar menjarakkan kenderaan.

“Tidak lama kemudian, seorang lelaki menaiki sebuah motosikal jenis Modenas Kriss warna biru telah menghentikan motosikalnya di hadapan ambulans tersebut dan menghalang pergerakkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau menambah, suspek kemudiannya telah turun dari motosikalnya dan menghampiri pintu bahagian pemandu dan mengarahkan pemandu untuk turun dari ambulans.

Ujarnya, pemandu ambulans itu bagaimanapun terus mengundurkan kenderaan bagi mengelakkan apa-apa kejadian yang tidak diingini.

Advertisement

“Pada masa masa, van yang mengekori ambulans telah berhenti di tepi ambulans tersebut.

“Pemandu van terus mengelak kedua-dua kenderaan dan meneruskan perjalanan ke hospital,” katanya.

Hoong Fong menjelaskan hasil semakan mendapati kedua-dua suspek tidak mempunyai rekod lampau.

“Permohonan reman terhadap dua suspek akan dilakukan di Mahkamah Klang, esok.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 279 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan memandu atau menunggang dengan gopoh di jalan awam dan di bawah Seksyen 341 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan halangan salah,” katanya.

Advertisement
@malaysianupdatenews Apa yang dia tak puas hati sangat tu? #beritaditiktok #NewsAtTikTok #TrendingNewsMalaysia #malaysianupdate ♬ original sound – Malaysian Update

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel