Connect with us

Terkini

Remaja maut selepas tergelincir & jatuh dari permainan “fun fair” setinggi 430 kaki

CALIFORNIA – Seorang remaja lelaki maut selepas tergelincir jatuh dari tempat duduknya ketika menaiki permainan ‘Orlando Free Fall’ setinggi 430 kaki di taman tema Icon Orlando.

Memetik daripada laporan Dailymail, identiti remaja tersebut masih belum dapat dikenal pasti kerana kecederaan yang dialaminya sangat teruk. Pekerja taman tema itu mendakwa mangsa tergelincir dan jatuh pada kelajuan 75 batu perjam.

Bagaimanapun menurut laporan, masih tidak jelas bagaimana remaja itu boleh terlepas dari ikatan tali pinggang kaledar dan terjatuh dari permainan tersebut.

Kata pekerja, mereka tidak menyangka kepingan ‘benda’ yang jatuh di kawasan taman tema ketika itu sebenarnya adalah penumpang yang tergelincir dan jatuh daripada salah satu permainan yang ada disana.

Advertisement

“Ketika itu, semua orang panik dan menjerit,” jelas pekerja taman tema Icon Orlando.

Menurut Polis Orange Country, mayat mangsa telah dibawa ke hospital untuk pengecaman.

Orlando Free Fall ini merupakan tarikan baharu di taman tema itu. Permainan ini baru dibuka pada Disember 2021 lalu dengan ketinggian 430 kaki dan boleh memuatkan seramai 30 orang. Ia akan berputar mengelilingi menara gergasi tersebut selama 3 hingga 4 minit dan turun dengan kelajuan 120km/j.

Bagaimanapun, pihak Icon Park masih belum mengulas tentang insiden ngeri yang berlaku itu. Pihak polis telah membuka siasatan berhubung kejadian tersebut.

Ini merupakan kemalangan maut kedua di taman tema tersebut. Pada 2020 lalu, seorang pekerja maut selepas tergelincir ketika melakukan kerja-kerja pembaikan di salah satu alat permainan yang ada.

Advertisement

Berdasarkan laporan, pekerja berusia 21 tahun itu dikatakan sedang melakukan pemeriksaan keselamatan pada permainan yang dikenali sebagai Orlando Starflyer. Mangsa maut selepas terjatuh pada ketinggian 200 kaki pada 14 September 2020 lalu.

Menurut saksi kejadian, mangsa mengalami serangan jantung semasa melakukan kerja-kerja pembaikan sebelum tergelincir jatuh dari menara tinggi itu.

@malaysianupdatenews Remaja maut selepas tergelincir & jatuh dari permainan “fun fair” setinggi 430 kaki.😱 #beritaditiktok #NewsAtTikTok #TrendingNewsMalaysia #malaysianupdate ♬ [Suspense] thrilling and tense music(813253) – Meat Pie 25

Sumber: Dailymail
Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel