Connect with us

Jenayah

15 penyamun guna kayu besbol samun kedai alat ganti komputer

KAJANG: Sekumpulan lelaki bersenjatakan kayu besbol menyamun premis menjual peralatan komputer di Bandar Damai Perdana, Cheras, di sini, Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, pihaknya menerima laporan daripada pengawal keselamatan premis terbabit, 9.35 malam, kelmarin.

“Semasa pengadu sedang bekerja di premis berkenaan, dia diserang sekumpulan lelaki dianggarkan 15 orang menggunakan kayu besbol.

“Suspek kemudian memecah masuk ke dalam premis dan melarikan peralatan komputer yang berada di dalam premis di tingkat satu dianggarkan bernilai RM70,000,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Advertisement

Mohd Zaid berkata, suspek menggunakan Nissan Navara, Toyota Hiace, Perodua Alza dan Proton Exora.

“Kenderaan pengadu juga dirosakkan oleh suspek semasa dia cuba menghalang mereka melarikan diri.

“Pengadu tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kejadian ini. Usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan,” katanya.

Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor Muhammad Azrul Nizam Zainal Abidin di talian 016-9985730, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang di talian 03-89114222 atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan,” katanya.

Advertisement

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel