Panas! Pensyarah marah pelajar B40 kerana tidak mampu beli laptop

Tular sejak semalam sebuah video memaparkan seorang pensyarah universiti awam dengan gelaran Profesor menyelar pelajarnya kerana dipercayai tidak mampu memiliki komputer riba.

Menerusi klip video berdurasi satu minit 45 saat itu menunjukkan situasi tersebut berlaku ketika sesi pembelajaran secara dalam talian.

Dalam video terbabit, pensyarah itu menyoal sama ada mengikuti kelas tersebut menggunakan telefon bimbit, dan pelajar berkenaan mengiyakannya.

Selepas mengetahui pelajarnya tidak mempunyai komputer, pensyarah itu bertanya pekerjaan bapa dan ibu pelajar itu.

Advertisement

“Bapa kau kerja apa? Emak kau kerja apa? Soal pensyarah.

“Bapa saya tak kerja prof, emak dah tiada (meninggal dunia),” jawab pelajar.

Mendengar jawapan itu, lantas pensyarah terbabit memberitahu agar pelajar tersebut meminta kakaknya menggadai barang kemas.

“Kau cakap kat kakak kalau ada gelang emas pergi gadai dan beli komputer. Sebab tu kau tidak boleh belajar dengan baik disebabkan tiada komputer.

“Lepas ni aku akan ajar Excel sebab itu kau akan jadi drop up student,” kata pensyarah itu lagi.

Advertisement

Dalam masa sama, pensyarah itu menekankan kepentingan komputer kepada pelajar itu yang kini berada di semester lima, dan menyuarakan rasa kesal kerana pelajar daripada keluarga B40 mementingkan membeli barangan daripada gajet pendidikan.

“Pasal itu aku tak boleh duduk dengan orang B40. Dia lebih memikirkan pasal lain daripada pelajaran,” tegasnya.

Sementara itu, video tular itu turut mendapat perhatian bekas Menteri Pendidikan era Pakatan Harapan, Dr Maszlee Malik yang berpendapat seorang pendidik wajar mementingkan adab sopan ketika dalam kelas pembelajaran.

“Adab dan tata susila itu tidak datang bersekali dengan segulung ijazah ataupun kedudukan, mahupun gelaran. Meskipun ada titipan nasihat yang diberikan, namun ianya dikaburi oleh kegasaran tutur perkataan.

“Pendidikan kita perlukan kemanusiawian!,” kata Dr Maszlee.

@malaysianupdatenews Panas! Pensyarah marah pelajar B40 kerana tidak mampu beli laptop.. #beritaditiktok #NewsAtTikTok #TrendingNewsMalaysia #malaysianupdate ♬ original sound – Malaysian Update

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement

Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Pesawat ringan terhempas di Sungkai, dua mangsa selamat

IPOH: Sebuah pesawat ringan bagi tujuan latihan terhempas di kawasan ladang Besaut 2 Tambahan, Sungkai… Read More

2 hours ago

Sadis! Isteri dibunuh dan dikerat-kerat, daging kemudian ditawar kepada jiran

JAKARTA - Seorang lelaki di Indonesia tergamak cuba 'membahagikan' daging tubuh isterinya sendiri selepas membunuh… Read More

3 hours ago

Arif ajak Rini untuk bersetubuh sebelum dibunuh & disumbat dalam bagasi

Misteri sebuah bagasi berisi mayat wanita yang ditinggalkan dalam belukar di Jalan Kalimalang di Bekasi,… Read More

21 hours ago

Aniaya Bella: Mahkamah Tinggi Kekalkan Sabitan Dan Hukuman Penjara 12 Tahun Siti Bainun

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Mahkamah Tinggi hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara… Read More

2 days ago

Ketua Polis Negara sahkan Papagomo ditahan

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan Wan Muhammad Azri Wan Deris… Read More

4 days ago

QSR Brands Tutup Sementara Lebih 100 Cawangan KFC

KUALA LUMPUR (Bernama) -- QSR Brands (M) Holdings Bhd, pemegang francais restoran KFC di Malaysia,… Read More

4 days ago