Connect with us

Hiburan

Yasin Sulaiman tiba di mahkamah untuk pendakwaan

Pada Khamis lalu (24 Mac), seorang penyanyi nasyid lelaki ditahan di kediamannya di sebuah kondominium di Kota Damansara di sini dan pemeriksaan menemui 17 batang pokok ganja di rumah berkenaan.

Dia yang juga komposer turut disiasat mengikut Seksyen 39B ADB 1952 dan Seksyen 6B ADB 1952.

Terkini memetik laporan Kosmo!, Yasin Sulaiman yang memakai t-shirt berkolar hitam tiba di Kompleks mahkamah pada kira-kira pukul 10 pagi diiringi anggota polis untuk pendakwaan.

Difahamkan dalam prosiding pertuduhan hari ini, Yasin yang berusia 47 tahun akan dituduh mengikut Seksyen 39B dan 6B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang mana setiap satu daripadanya didakwa masing-masing di Mahkamah Majistret dan Sesyen.

Advertisement

Terdahulu Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya menemui satu bekas plastik berwarna biru atau hitam di dalamnya terdapat dua plastik lutsinar berisi daun kering disyaki ganja seberat 214 gram di dalam rumah penyanyi berkenaan.

Nilai dadah yang dirampas dianggarkan RM10,700 dan hasil pemeriksaan lanjut di bahagian sebelah dapur menjumpai satu almari dan di dalamnya terdapat tiga pokok disyaki pokok ganja.

“Turut dirampas satu botol cecair pemusnah serangga, alat penyukat suhu, dua lampu LED serta satu alat menyiram tanaman,” katanya.

Pemeriksaan di dalam bilik pertama menjumpai 13 pokok dalam pasu disyaki pokok ganja selain satu pokok tumbuhan sama di balkoni.

Pada masa sama, sebuah kenderaan pelbagai guna jenis Toyota Wish dan wang tunai turut disita. Ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis THC.

Advertisement

Menerusi satu rakaman video pendek yang oleh Bernama, Yasin dilihat memakai baju hitam tiba di mahkamah sambil diiringi anggota polis.

Dalam video berdurasi 14 saat itu, kedengaran Yasin memberikan salam kepada pihak media. Dia juga meminta agar menyampaikan salam kepada YB Syed Saddiq, memohon segerakan kelulusan kanabis untuk tujuan perubatan.

“Kirim salam pada YB Syed Sadiq, minta dia segerakan kelulusan kanabis untuk perubatan di Parlimen.”

@malaysianupdatenews Yasin Sulaiman tiba di mahkamah untuk pendakwaan. #beritaditiktok #NewsAtTikTok #TrendingNewsMalaysia #malaysianupdate #sembangentertainment ♬ Mimpi Laila – Yasin

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel