Connect with us

Global

Suami curang, wanita buat “FB” Live lelong barang-barang suami, dapat untung RM 24k

Tular di media sosial tindakan seorang wanita dari Filipina yang melelong barangan suaminya apabila mendapat tahu dia berlaku curang walaupun sudah mempunyai seorang anak.

Dia bertindak melelong barang-barang suaminya yang ‘kaki perempuan’ di Facebook Live.

Nama Jamille Margarita Galve meniti di bibir-bibir netizen di negaranya selepas pendekatan unik yang diambil dalam mengendalikan pasangan yang curang menjadi viral.

Walaupun sedih dicurangi, Jamille berjaya menjadikan apa yang berlaku sebagai satu ‘perniagaan’ yang menguntungkan dirinya pula.

Advertisement

Wanita ini membuat lelongan kesemua barangan berjenama milik suaminya di Facebook Live sehingga menarik perhatian warga media sosial.

“Jangan kata itu ‘milik saya’ jika anda tidak boleh berpegang pada pilihan anda sendiri seperti suami saya yang tidak boleh berada di sisi saya,” katanya.

Menurut Jamille, ia adalah satu pembaziran jika dia membuang atau membakar barang-barang miliknya suaminya itu. Jadi, dia berpendapat dengan membuat jualan secara atas talian, ia akan memberikan keuntungan kepada diri serta anak-anaknya.

Dapat untung bersih lebih RM24,000
Menurut sumber, antara barang milik suaminya yang dilelong termasuklah baju Lacoste, Yeezys dan sepasangan kasut bernilai RM1,676. Secara keseluruhan keuntungan yang diperolehi kira-kira 300 ribu Peso, bersamaan dengan RM24,466 ribu.

Dalam satu temu bual bersama media Filipina, wanita ini berkata tindakan itu diambil turut didorong dengan keperluan untuk menambah pendapatannya bagi membesarkan anak-anak.

Advertisement

Sumber: Mothership

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel