Connect with us

Terkini

Waris terima kecaman netizen selepas ‘salah pentas’, nyanyi lagu rap di majlis agama

Tular di Facebook sejak semalam sebuah video memaparkan penyanyi, Waris dilihat menyanyikan sebuah lagu rap dalam majlis agama.

Menerusi video tersebut, penyanyi yang berasal dari Negeri Sembilan itu menyanyikan lagu ‘Rembau Most Wanted Part II’ di atas pentas sambil diperhatikan oleh tetamu jemputan yang sedang duduk di pentas sama.

Malah, sebilangan tetamu jemputan yang mengenakan jubah dan berkopiah itu dilihat seperti kurang senang melihat persembahan Waris.

Ada yang menundukkan kepalanya ke bawah sambil menutup bahagian muka, dan ada yang tercengang melihat gelagat penyanyi itu.

Advertisement

Video tersebut menerima pelbagai reaksi netizen apabila jelas terpampang raut wajah ustaz yang seolah-olah kurang selesa. Sampaikan ada yang tunduk sambil memegang kepala.

Rata-rata netizen menyifatkan lagu seperti itu tidak sesuai dibawakan dalam majlis agama dan menyifatkan penyanyi itu tidak menghormati majlis tersebut.

Selepas tular video tersebut, penyanyi Waris tampil menjelaskan situasi sebenar menerusi satu posting di laman Instagram miliknya petang tadi.

Waris atau nama sebenarnya Muzzammil Alias berkata, rakaman berdurasi 16 saat itu adalah video Instagram TV (IGTV) lama yang dimuat naik pada November tahun lalu sebelum disunting individu tertentu.

Menurut penyanyi berusia 34 tahun itu, terdapat individu yang seolah-olah sengaja menjadikan dirinya sebagai ‘bahan’ bagi mencetuskan perbalahan ramai atas tujuan yang tidak dapat dipastikan.

Advertisement

“Tanda-tanda. Betul nak menang. Aku sayang korang dan kalini aku kena buka mulut dan taknak korang jadi bodoh ditipu lagi. Takpa,aku heavyweight punya punching bag,” katanya berkongsi satu nota penjelasan.

Difahamkan, IGTV memaparkan Waris menyanyikan lagu Rembau Most Wanted Part II itu adalah ketika dia menjayakan persembahan sempena Maulud Nabi di Majlis Ibnu Khaldun, Negeri Sembilan.

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel