Connect with us

Jenayah

Warga Bangladesh ceroboh tadika alami masalah mental

Polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat mengesahkan lelakiw warganegara Bangladesh yang tular menceroboh sebuah tadika di Telok Panglima Garang Selangor, 1 April lalu mempunyai masalah mental.

Ketua Polis Kuala Langat Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd Nor @ Saleh berkata, lelaki berusia 23 tahun itu berjaya ditahan sekitar kawasan Taman Pahlawan, Kuala Langat pukul 10.30 malam tadi, susulan laporan polis dibuat guru tadika berkenaan Jumaat lalu.

Menurutnya, semasa tangkapan dibuat, saspek gagal memberikan dokumen pengenalan diri kepada pihak polis.

“Hasil soalsiasat awal dapati saspek disyaki mempunyai masalah kesihatan mental. Saspek telah direman selama empat hari dan ditahan di Lokap Balai Polis Banting Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat.

Advertisement

“Kes disiasat dibawah Seksyen 448 Kanun
Keseksaan kerana menceroboh dan memperuntukan hukuman penjara sehingga enam bulan atau denda schingga RM3000 jika disabit kesalahan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baca juga: PN yakin dapat sokongan kuat pengundi Melaka
Ujar Ahmad Ridhwan lagi, bagi kes berkenaan pihaknya telah mengesan sebuah video berdurasi selama satu minit yang tular di laman
sosial Facebook mengatakan seorang warga asing telah menceroboh masuk di tingkat
atas sebuah tadika bertempat di Telok Panglima Garang Selangor.

Malah menurutnya, pihaknya juga telah menerima laporan daripada seorang perempuan melayu umur 38 tahun bekerja sebagai Guru Tadika
mengatakan seorang lelaki warga asing telah menceroboh masuk ke dalam Tadika pada 1 April lalu.

“Saspek membuat alasan mahu memberikan roti kepada anaknya. Apabila guru berkata kepadanya ibu bapa tidak dibenarkan masuk, saspek bertindak merampas topi keledar pelajar yang
dipegang olch guru seterusnya meluru masuk ke dalam kelas.

“Ibu bapa yang menyedari kejadian tersebut bertindak menangkap saspek dan semasa ditangkap saspek tidak berhenti membacakan ayat Al-Quran.

Advertisement

Bagaimanapun menurutnya, semasa kejadian, tiada pelajar yang cedera.

“Hasil siasatan juga mendapati saspek tidak mengeluarkan kata – kata ugutan dan tidak
mendatangkan kecederaan kepada sesiapa. Pihak tadika juga tidak menerima pelajar
warganegara asing.

Sebelum ini tular di media sosial memaparkan seorang lelaki dipercayai warga asing menceroboh masuk sebuah tadika di Telok Panglima Garang di sini.

Suspek bagaimanapun ditangkap dan dihalau beberapa lelaki dari dalam premis itu.

@malaysianupdatenews Warga Bangladesh ceroboh tadika alami masalah mental 😳 #beritaditiktok #NewsAtTikTok #TrendingNewsMalaysia #malaysianupdate ♬ Intense Hollywood movie style trailer music – Shota Low Matsumoto

Sumber: Edisi 9

Advertisement

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel