Connect with us

Global

Guru agama rogol 13 pelajar: hukuman penjara seumur hidup ditukar kepada hukuman mati

Seorang guru agama dijatuhkan hukuman mati oleh Hakim Mahkamah Tinggi Bandung kerana disabitkan kesalahan merogol 13 pelajarnya sehingga hamil dan melahirkan anak.

Difahamkan, guru agama tersebut, H (bukan nama sebenar) sebelum ini dijatuhi hukuman penjara seumur hidup atas kes jenayah rogol yang dilakukan.

Menurut laporan, keputusan hukuman baharu itu dibuat selepas hakim membenarkan rayuan oleh pendakwa raya.

“Selepas menerima rayuan yang dikemukakan pendakwa raya, maka Mahkamah Tinggi Bandung menjatuhkan hukuman mati terhadap H,” kata Ketua Hakim, Herri Swantoro seperti yang dilapor Detik News.

Advertisement

Hukuman itu turut diubah oleh hakim tersebut mengenai keputusan Mahkamah Daerah Bandung yang menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup terhadap tertuduh sebelum ini.

Imbas kembali, H melakukan perbuatan terkutuk merogol kesemua 13 gadis malang itu dalam tempoh masa sekitar 2016 hingga 2021.

Difahamkan, antara mangsa yang menjadi sasarannya adalah gadis-gadis berumur antara 12 hingga 16 tahun.

Menurut rekod kes, lapan mangsa yang dirogol ‘berjaya’ dihamilkan, manakala salah seorang daripadanya pernah melahirkan anak sebanyak dua kali.

Setelah bertahun lamanya, akhirnya kegiatan terkutuk guru agama itu terbongkar pada Mei tahun lalu selepas salah seorang ibu bapa mangsa menyedari anak mereka hamil.

Advertisement

Sumber: New York Post, Detik News, Siakap Keli

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel