Connect with us

Global

‘Saya sakit hati tapi terpaksa’ – Suami jual isteri, sebulan dapat RM3,000

Seorang lelaki yang hanya dinamakan sebagai ‘AR’ berusia 28 tahun di Serang, Indonesia ditahan polis kerana disyaki menjual isterinya, EE, kepada lelaki hidung belakang melalui aplikasi MiChat.

AR sanggup menyewa bilik di sebuah rumah tumpangan di bandar tersebut untuk dijadikan sebagai tempat melayani pelanggan. Bahkan, pasangan itu sering membawa anak kembar mereka ke rumah tumpangan itu ketika melakukan ‘kerja terkutuk’ itu.

Ketua Polis Bandar Serang menetapkan AR sebagai suspek atas pertuduhan memperdagangkan orang.

Dalam keterangan kepada polis, AR mengaku tidak pernah memaksa isterinya untuk melayani lelaki lain. Dia berkata, pekerjaan itu dilakukan di atas kemahuan EE sendiri.

Advertisement

“Isteri saya melakukan pekerjaan ini kerana kemahuannya sendiri. Tiada paksaan dari saya sama sekali,” katanya pada Ahad, 27 Mac 2022.

AR juga mengaku sebagai suami dia berasa sakit hati setiap kali melihat isterinya melakukan hubungan intim dengan lelaki lain. Tetapi dia terpaksa menerima keadaan itu dengan ikhlas demi keperluan mereka sekeluarga mereka, terutama anak kembar yang berusia enam tahun.

Difahamkan, AR bekerja sebagai penunggang Ojek Online tetapi pendapatannya seringkali tidak mencukupi untuk menyara keluarga.

“Saya sebagai lelaki normal, sakit hati bila melihat isteri melakukan hubungan intim dengan lelaki lain. Tetapi itu kemahuan isteri sejak lima bulan lalu,” katanya.

Sementara itu, EE, mengaku bekerja sebagai pemuas lelaki hidung belang atas kemahuan dirinya sendiri.

Advertisement

“Saya yang nak jual diri, walaupun dilarang oleh suami. Kerana masalah kewangan, saya terpaksa. Suami pula kerja ojek online,” katanya.

Menurut polis, AR mempromosikan perkhidmatan isterinya melalui aplikasi MiChat. Sekiranya ada pelanggan, AR akan berbincang untuk menetapkan kadar perkhidmatan pada harga biasa 500,000 rupiah atau RM146 untuk tempoh 30 minit. Hasil pendapatan sebulan, pasangan itu mampu meraih 10,000,000 rupiah atau hampir RM3,000.

Selesai perbincangan, EE akan membawa dua anak kembarnya ke rumah tumpangan di tempatnya melayani pelanggan. Dua anak kembarnya akan diletakkan di satu bilik berasingan.

Sumber: Tribun News

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Advertisement

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel