Connect with us

Terkini

CCTV rakam pemandu BMW plat asing sengaja kencing di hadapan kedai

Sejak semalam tular di media sosial video memaparkan aksi tidak senonoh seorang lelaki yang membuang air kecil dipercayai berlaku dihadapan sebuah kedai di Johor Bahru.

Menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dimuat naik di laman ROADS.sg, lelaki berkenaan dilihat memandu kenderaan jenis BMW menggunakan nombor pendaftaran asing.

Difahamkan kejadian berlaku pada 5 April 2022 lebih kurang jam 1.14 pagi. Dalam rakaman CCTV berdurasi 30 saat itu, jelas dilihat seorang lelaki turun daripada kereta dan terus membuka zip untuk kencing.

Kejadian itu telah mendapat perhatian warganet Malaysia dan Singapura yang berasa malu dengan tindakan pemandu tersebut. Rata-rata mereka mengecam perbuatannya yang disifatkan sebagai pengotor.

Advertisement

“Saya orang Singapura. Orang yang ada adab dan perasaan malu tidak akan berperangai macam ni. Bagi pihak Singapura, saya minta maaf. Tak semua orang Singapura macam ini. Selalunya yang golongan tu lah,” kata seorang warga Singapura.

“Apa yang dilakukan lelaki itu tiada kena mengena dengan kerakyatan. Ianya lebih kepada cara didikan.” komen seorang pengguna Facebook Daniel Ong.

Sama-samalah kita jaga kebersihan kawasan sekitar, carilah tempat yang sesuai untuk membuang air kecil.

@malaysianupdatenews CCTV rakam pemandu BMW plat asing sengaja kencing di hadapan kedai.😡 #beritaditiktok #NewsAtTikTok #TrendingNewsMalaysia #malaysianupdate ♬ original sound – Malaysian Update

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel