Connect with us

Kemalangan

Polis tahan pemandu Bezza lawan arus, rempuh dua motosikal

Tular di media sosial hari ini, seorang pemandu Perodua Bezza yang memandu dalam keadaan melawan arus serta turut merempuh motosikal.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd Nor @ Saleh, siasatan awal mendapati kemalangan itu dipercayai berlaku semasa penunggang motosikal jenis Honda Dash tersebut menunggang motosikalnya dari arah Banting menghala ke Bandar Saujana Putra.

“Apabila sampai di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Tanjung 12 Lebuhraya SKVE (arah Pulau Indah ke Bandar Saujana Putra) sedang dia bergerak lurus tiba-tiba terlihat Perodua Bezza yang berhenti di lorong kecemasan menyebabkan motosikal itu terus memberhentikan kenderaannya di harapan Perodua Bezza.

“Secara tiba-tiba Perodua Bezza bergerak semula lalu melanggar sisi bahagian hadapan Honda Dash sehingga penunggangnya terjatuh dan cedera ringan pada kaki dan tangan.

Advertisement

“Selepas perlanggaran tersebut, Perodua Bezza itu terus bergerak melawan arus di lorong kecemasan dan apabila sampai di KM 30.1 Lebuhraya SKVE menyebabkan dia telah melanggar motosikal jenis Yamaha LC 135 yang sedang bergerak dari arah Banting menghala ke Bandar Saujana Putra.

“(Kejadian itu menyebabkan) mangsa tercampak di permukaan jalan dan mengalami kecederaan di kedua-dua tangan dan kaki,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Difahamkan, kesemua mangsa terlibat dalam kemalangan tersebut mengalami kecederaan dan telah dibawa ke Hospital Banting untuk rawatan lanjut.

“Suspek yang juga pemandu Perodua Bezza yang videonya memandu melawan arus tular di media sosial sudah ditahan dan sampel darahnya juga sudah diambil untuk tujuan analisis alkohol dan dadah.

“Suspek ditangkap di hospital selepas dibawa dengan ambulans dari tempat kemalangan dan ditahan di wad kerana cedera di kepala,” katanya mengesahkan suspek tidak akan direman kerana cedera.

Advertisement

Ahmad Ridhwan meminta saksi yang melihat kemalangan atau mempunyai maklumat mengenai kejadian itu menghubungi mana-mana balai polis berhampiran.

Mereka juga boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Kes iaitu Pegawai Penyiasat Trafik, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, IPD Kuala Langat, Inspektor Mazrol Mohd Din menerusi talian 011-18539115 atau 03-31872222.

Sumber: FB Polis Kuala Langat

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel