Connect with us

Global

Lelaki terima padah kena ‘smackdown’ gara-gara curi telefon bimbit

Tular di media sosial seorang wanita di Kalimantan Selatan (Kalsel) mengamuk dan membelasah seorang lelaki di hadapan sebuah kedai. Lelaki itu disyaki mencuri telefon bimbit miliknya.

Dalam klip video yang tular itu, seorang ibu berbaju berwarna biru kelihatan begitu beremosi dan terus memaki hamun seorang lelaki di hadapannya. Dia kemudian bertindak memukul belakang badan lelaki itu.

Wanita itu kemudian menarik pakaian dan menghempas lelaki itu ke tanah. Dia kemudian mengamuk semula dan membelasah lelaki yang tersebut yang telah terjatuh di atas tanah.

“Kenapa nyawa kasian, maling neneh, maka mancuntan hp urang (kenapa kamu kasihan, dia pencuri, mencuri HP orang),” jerit wanita dalam video itu.

Advertisement

Dalam klip video lain, seorang wanita yang kelihatan lebih muda turut membelasah lelaki itu.

“Video itu dirakam pada waktu malam di sebuah kedai di Desa Simpang Tiga, Kecamatan Mataraman, Kabupaten Banjar,” kata Kapolres Banjar AKBP Doni Hadi Santoso melalui Kabid Humas Polres Banjar Resort Iptu Suwarji ketika dihubungi detikcom, pada Ahad ( 10/4/2022).

Iptu Suwarji berkata, kejadian itu dianggarkan berlaku pada pukul 01.00 WITA, Ahad (10/4). Insiden itu kini dikendalikan oleh Polis Mataraman. Kedua-dua wanita dalam video itu telah pun diperiksa oleh pegawai.

@malaysianupdatenews Lelaki terima padah kena ‘smackdown’ gara-gara curi telefon bimbit. 😳 #beritaditiktok #NewsAtTikTok #TrendingNewsMalaysia #malaysianupdate #global ♬ original sound – Malaysian Update

“Didedahkan bahawa (lelaki) yang dipukul itu adalah pencuri (telefon bimbit) kepunyaan mereka. Tetapi kerana kasihan kepada pelaku yang bakal dipenjarakan jadi mereka meminta masalah itu tidak diperbesarkan. Akhirnya mereka memtuskan untuk tidak mahu melaporkannya kepada polis,” jelasnya.

Sumber: Detik.com

Advertisement

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel