Connect with us

Jenayah

Polis tahan lelaki Myanmar sengaja cederakan diri dalam kemalangan

SHAH ALAM: Polis menahan seorang lelaki warga Myanmar, yang dipercayai dengan sengaja mencederakan dirinya dalam satu kemalangan jalan raya di sekitar Klang, minggu lepas.

Ketua Polis Daerah Klang Utara ACP S. Vijaya Rao berkata pihaknya menerima satu laporan polis dari seorang lelaki tempatan pada Khamis lalu (7 April), yang mengatakan semasa sedang memandu dan sampai di sebuah jalan, seorang lelaki tidak dikenali yang berada di tengah jalan secara tiba-tiba berlari meluru ke arah keretanya dan melompat ke arah cermin hadapan.

“Selepas kemalangan itu berlaku, pengadu memaklumkan kepada pejalan kaki yang melanggar keretanya itu bahawa kenderaannya terdapat rakaman kamera papan pemuka dan pejalan kaki tersebut terus beredar dari lokasi kemalangan, dan hanya mengalami kecederaan kecil,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bertindak atas maklumat, Vijaya Rao berkata pihak polis telah menahan lelaki berumur 25 tahun itu di Jalan Shahpadu Rantau Panjang, Klang pagi tadi dan kini direman untuk siasatan lanjut.

Advertisement

“Kes diklasifikasi di bawah Seksyen 336 Kanun Keseksaan iaitu perbuatan yang membahayakan nyawa atau keselamatan diri orang lain,” katanya.

Kejadian kemalangan itu turut tular menerusi satu video berdurasi 45 saat, yang dimuat naik di laman sosial Facebook semalam. – Bernama

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel