Connect with us

Mahkamah

Selepas isteri, TMJ pula bersuara untuk adik Bella

Sebelum ini isteri TMJ sudah pun bersuara mengenai kes melibatkan pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun yang didakwa telah mengabaikan serta menganiaya remaja Down Syndrome iaitu Bella, hari ini Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Idris pula bersuara untuk membela nasib remaja Down Syndrome tersebut.

Melalui perkongsian TMJ di Insta Story malam tadi, Tunku mengatakan dia bersedia menawarkan peguam-peguamnya secara percuma.

TMJ turut akan menghubungi Menteri Pembangunan Keluarga, Wanita dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun untuk mengantar peguamnya yang akan diarahkan memerhati (Watching Brief) bagi pihak kementerian.

Saya telah berhubung dan berbincang dengan peguam-peguam saya mengenai kes penderaan Bella. Kes ini sedang berjalan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan pihak pendakwaan kerajaan sudah memulakan perbicaraan terhadap OKT dalam kes ini.

Advertisement

Terdahulu isteri Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim iaitu Che’ Puan Khaleeda Bustamam turut menyuarakan pandangannya di Instagram Story, baru-baru ini.

Difahamkan dari kenyataan yang dilakukan, Che’ Puan akan menggunakan kuasa yang ada untuk membela serta membantu bagi menegakkan keadilan buat remaja istimewa itu.

Sebelum ini, Siti Bainun dilapor mengaku tidak bersalah atas dakwaan dia mendera Bella hingga mangsa mengalami kecederaan fizikal dan emosi.

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel