Connect with us

Global

Sadis! Gadis ini ditetak dan ditikam di leher gara-gara kejut ibunya bangun sahur

Sebuah video memaparkan seorang gadis menangis histeria sambil memegang lehernya telah menjadi tular di media sosial. Dia mendakwa dirinya ditetak dan ditikam ibunya di leher dan cuba meminta bantuan jiran.

Berdasarkan maklumat yang diberikan menerusi rakaman video tersebut, gadis itu menerima perbuatan kejam itu daripada ibunya saat mengejutkan ibunya untuk bangun sahur.

“Informasi dari seorang penduduk setempat, anak ini ditetak kerana membangunkan ibunya pada waktu sahur, kemudian dia ditikam ibunya,” menurut penjelasan dalam video tersebut.

Dalam kejadian pada awal pagi tersebut, kelihatan beberapa orang jiran menghampiri gadis itu yang masih menangis sambil memegang lehernya yang berdarah.

Advertisement

“Ditikam ibunya,” kata seorang lelaki yang cuba membantu gadis itu dengan memegang lehernya.

Tidak lama kemudian, datang seorang wanita dari belakang bertudung dengan jaket kuning.

“Ini anak saya,” kata wanita yang ternyata ibu kepada mangsa.

“Kenapa ditikam?” lelaki itu bertanya.

“Tidak.. bergaduh dengan bapanya tadi,” kata ibu sambil membawa anak itu pergi dengan motosikal.

Advertisement

Lokasi sebenar kejadian masih belum diketahui, namun disyaki kejadian berlaku di Bekasi.

Video tersebut dimuat naik di pelbagai akaun media sosial dan mendapat jutaan tontonan. Netizen turut memberikan komen mereka mengenai kejadian tersebut.

“Memang kita kena terima hakikat di dunia ini tidak semua ibu bapa baik dan layak menjadi ibu bapa,” kata akaun @Gog*****.

“Kesian.. dia pasti mengalami trauma yang teruk,” kata akaun @Va***.

“Apapun, ibunya harus diambil tindakan undang-undang,” kata akaun @Za**** itu. [KM-06]

Advertisement

Sumber: kabarmedan

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel