Connect with us

Terkini

6 Pati warga rohingya maut kemalangan, 500 cuba lari depot imigresen sementara di Kedah

SEBERANG PERAI: Seramai 528 tahanan depoh imigresen sementara di Relau, Sungai Bakap, dekat sini, meloloskan diri pagi tadi.

Difahamkan kesemua tahanan yang dipercayai warga Rohingya itu meloloskan diri awal pagi tadi selepas berlaku rusuhan.

Menurut Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain, seramai 229 daripada 528 tahanan lolos berjaya ditahan semula dan pihaknya sedang memburu baki 205 tahanan yang masih bebas.

“Kita telah berjaya menahan seramai 229 tahanan imigresen yang telah melepaskan diri pada jam 4.30 pagi tadi di Pusat Tahanan Relau, Bandar Baru, Kedah.

Advertisement

“Dimaklumkan kepada pihak kami, seramai 528 tahanan melepaskan diri daripada jumlah 663, orang kampung tahan 88 dan serahkan kembali kepada pihak Imigresen.

“Kita masih mencari baki 205 tahanan yang memerlukan tenaga sepenuhnya daripada pihak kami, serta bantuan orang ramai amat diperlukan.

“Alhamdulillah ada sekumpulan anak muda telah menjejaki kumpulan ini dan berjaya tangkap di tepi jalan ini dan menghubungi pihak polis,” kata Mohd Shuhaily.

Mohd Shuhaily turut memaklumkan enam daripada tahanan yang lolos itu maut dalam nahas ketika cuba melintas lebuh raya.

“Dalam usaha melepaskan diri pagi tadi pada jam 6.50 pagi, di KM165, seramai enam tahanan telah terlibat kemalangan jalan raya yang meragut nyawa dua lelaki dewasa, dua wanita dewasa, satu kanak-kanak perempuan, dan satu kanak-kanak lelaki.

Advertisement

“Apabila berlaku kemalangan, mereka dah tak berani untuk melintas lebuh raya dan mengambil keputusan menelusuri laluan sebelum ditahan,” katanya lagi.

Sumber: Astro Awani

@malaysianupdatenews 6 Pati warga rohingya maut kemalangan, 500 cuba lari depot imigresen sementara di Kedah. #beritaditiktok #NewsAtTikTok #TrendingNewsMalaysia #malaysianupdate ♬ suara asli – rayyandzaki

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel