Connect with us

Jenayah

Lelaki dipercayai mabuk samun 7-Eleven guna gergaji kecil dekat Klang dicekup

Seorang lelaki mabuk yang menyamun 7-Eleven dekat Taman Sentosa, kelmarin berjaya diberkas polis tengah hari tadi di Bandar Puteri, Klang.

Ketua Polis Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, suspek seorang lelaki berbangsa India itu ditahan kira-kira pukul 12.30 tengah hari tadi.

“Suspek berusia 45 tahun itu mempunyai rekod jenayah lampau di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Katanya, polis turut merampas pakaian yang digunakan semasa kejadian dan suspek mengaku terlibat secara sendirian dalam kes samun itu.

“Suspek ke Bandar Puteri dengan berjalan kaki selepas menyamun dan menggunakan duit tersebut untuk membeli makanan dan arak,” ujarnya.

Advertisement

Tambah Hoong Fong, permohonan reman akan dilakukan esok di Mahkamah Klang.

Terdahulu UtusanTV melaporkan, seorang lelaki mabuk menyamun 7-Eleven dengan bersenjatakan sebilah gergaji kecil.

Suspek telah masuk ke dalam premis dan mengambil wang berjumlah RM235.15 selepas mengarahkan pekerja berusia 19 tahun membuka mesin simpanan duit.

Kata Hoong Fong, kes disiasat dibawah Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan.

@malaysianupdatenews Lelaki dipercayai mabuk samun 7-Eleven guna gergaji kecil dekat Klang dicekup.😡 #beritaditiktok #NewsAtTikTok #TrendingNewsMalaysia #malaysianupdate ♬ original sound – Neo Mr Pendapat – Neo Pawang Diraja

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Advertisement

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Sumber: Utusan TV

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel