Connect with us

Jenayah

Dipercayai akibat selisih faham, pelajar lelaki dibelasah rakan-rakan di Langkawi

Ketika ini tular dimedia sosial sebuah video memaparkan seorang pelajar lelaki yang dipukul oleh beberapa pelajar lain di dalam kelas di sebuah sekolah di Langkawi.

Menerusi satu kenyataan oleh Ketua Polis Daerah Langkawi, ACP Sharman Ashari berkata, pihaknya menerima laporan daripada mangsa yang berumur 16 tahun pada awal pagi tadi.

“Semakan lanjut mendapati kejadian berlaku pada 27 April (semalam) lebih kurang pukul 9 pagi di sebuah kelas di sekolah berkenaan.

“Punca kejadian dipercayai akibat perselisihan faham,” katanya lagi.

Advertisement

Difahamkan, mangsa telah dirujuk ke hospital sebaik menerima laporan polis.

“Suspek sedang dikenal pasti dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan,” tambah kenyataan itu lagi.

Sebelum ini tular sebuah video pergaduhan membabitkan pelajar sekolah di media sosial sehingga menimbulkan pelbagai kecaman daripada warganet.

Sumber: Facebook Polis Langkawi

Advertisement
@malaysianupdatenews Dipercayai akibat selisih faham, pelajar lelaki dibelasah rakan-rakan di Langkawi. #beritaditiktok #NewsAtTikTok #TrendingNewsMalaysia #malaysianupdate #jenayah ♬ Laughing Hard – Tik Tok

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel