Connect with us

Kemalangan

Lelaki rentung, tersepit dalam kereta terbakar

KUBANG PASU – Seorang lelaki rentung selepas kereta Proton Persona yang dipandunya terbakar dalam satu kemalangan di Kilometer 19.4 Lebuh Raya Utara Selatan (arah selatan) di persimpangan Kampung Nongka di sini, pada Khamis malam.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Rodzi Abu Hassan berkata, lelaki yang identitinya masih belum dikenalpasti itu tersepit dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Katanya, kemalangan berlaku kira-kira jam 11.50 malam membabitkan kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Vellfire yang dinaiki tujuh orang termasuk dua wanita dan seorang kanak-kanak perempuan lima tahun, manakala Proton Persona pula dinaiki seorang lelaki.

Toyota Vellfire bergerak dari Kaki Bukit, Perlis menghala ke Selangor melalui jalan Kampung Napoh.

Advertisement

Apabila sampai di lokasi kejadian, dia membelok ke kanan menghala ke Alor Setar dan tiba-tiba Proton Persona dari arah Changlun tidak sempat membrek lalu terlanggar tepi sebelah kiri kereta, katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Keadaan kereta Toyota Vellfire yang dinaiki tujuh orang termasuk dua wanita dan seorang kanak-kanak perempuan lima tahun.

Menurutnya, akibat perlanggaran tersebut, Toyota Vellfire terbabit terbalik manakala Proton Persona terbabas ke kiri jalan dan terbakar.

Penumpang yang cedera dihantar ke Hospital Jitra untuk menerima rawatan, katanya.

Rodzi menambah, polis telah merakam percakapan semua pihak terlibat dan sedang mengesan waris lelaki yang maut untuk membuat pengecaman ke atas mangsa.

Advertisement

Polis juga masih mengesan saksi bebas yang menyaksikan kemalangan berlaku untuk melengkapkan kertas siasatan. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ), katanya.

Sumber: Sinar Harian

@malaysianupdatenews Sama2 kita doakan untuk arwah & keluarga semoga tabah😭 #beritaditiktok #NewsAtTikTok #TrendingNewsMalaysia #malaysianupdate ♬ original sound – Malaysian Update

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel