Rumah pusaka terbakar ketika pemilik keluar beraya

MARAN, PAHANG: Ketika kemeriahan Hari Raya Aidilfitri masih hangat dirasakan umat Islam di seluruh negara, sebuah keluarga di Felda Kesumba Jengka 9 di sini menerima dugaan berat apabila rumah pusaka separuh batu musnah lebih 80 peratus akibat kebakaran petang ini.

Ketua Isi Rumah (KIR) terbabit, Ahmad Shah Ghazali, 50, berkata, ketika kejadian pada pukul 1.17 itu, tiada penghuni di rumah kerana dia dan keluarganya dalam perjalanan untuk berhari raya di Felda Kumai, Bera, dekat sini.

Katanya, dia bergegas pulang apabila dimaklumkan jiran tentang kejadian itu yang memusnahkan peralatan rumah, pakaian dan dokumen-dokumen penting.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jengka, Raja Mohd. Arif Raja Shamsudin berkata, sebaik sahaja menerima maklumat, lima anggota bomb ke lokasi kejadian.

Advertisement

“Laporan komander operasi terdapat lebih 80 peratus kebakaran rumah separuh kekal berkeluasan 40 kali 60 kaki persegi. Kejadian tidak melibatkan kecederaan mangsa dan kematian.

“Tindakan pantas pasukan bomba memadam kebakaran sehingga selesai dan memastikan tiada lagi punca api yang boleh menyebabkan kebakaran,” katanya di sini.

Raja Mohd. Arif berkata, jumlah kerugian dan punca kebakaran sedang disiasat.

“Kita menasihatkan orang ramai supaya berwaspada menggunakan bahan api termasuk mematikan punca elektrik ketika tidak digunakan apatah lagi rumah tiada berpenghuni,” katanya.

Sementara itu, Ketua Peneroka Felda Jengka 9, Shafiq Mohd. Refee berkata, penduduk tanah rancangan itu akan mengumpul dana bagi membantu membina rumah baharu mangsa.

Advertisement

“Saya percaya pihak Felda dan kerajaan negeri di bawah pimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail akan membantu mangsa,” katanya.

Sumber: UTUSAN MALAYSIA

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Dua Anggota Polis Maut: Suspek Kes Serang Balai Polis Ulu Tiram Dipercayai Ahli Jemaah Islamiyah – KPN

JOHOR BAHRU, 17 Mei (Bernama) -- Suspek lelaki yang ditembak mati dalam kejadian serangan di… Read More

1 day ago

UiTM: Tiada Perbincangan Dibuka Kepada Bukan Bumiputera – KPT

Kementerian Pendidikan Tinggi dan kerajaan tidak pernah membincangkan atau membenarkan Universiti Teknologi MARA (UiTM) dibuka… Read More

3 days ago

Kes Langgar: Pegawai Kanan Polis Mengaku Tidak Bersalah Bunuh Pelajar

IPOH, 14 Mei (Bernama) -- Seorang pegawai kanan polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi… Read More

4 days ago

Jenazah Siti Hawa Mohamad Isa Selamat Dikebumikan, Mangsa Lemas Kereta Terjunam Dalam Tali Air

KEPALA BATAS -- Seorang wanita maut selepas kereta dipandunya dipercayai terbabas sebelum terjunam ke dalam… Read More

7 days ago

Kejam! Suami Bunuh Isteri Yang Didakwanya Malas Masak

Seorang lelaki di Riau, Indonesia tergamak membunuh isterinya sendiri kerana didakwanha malas memasak. Difahamkan juga… Read More

1 week ago

Kes Faisal Halim: Polis Peroleh Cap Jari Suspek, Tunggu Hasil Analisis Cap Jari

Menurut laporan Sinar Harian, beberapa kesan cap jari yang diperoleh di lokasi kejadian simbah asid… Read More

1 week ago