Connect with us

Global

Selepas minum arak, lelaki tidak berbaju ini masuk ke dalam masjid, mengumandangkan azan, walaupun belum waktu solat

Individu yang telah meminum alkohol biasanya tidak dapat mengawal tingkah laku mereka sendiri. Malah perbuatan mereka akhirnya memalukan diri mereka sendiri.

Inilah yang menimpa seorang lelaki dalam video yang tular di media sosial, pada Khamis (5/5/2022).

Dalam video tersebut kelihatan seorang lelaki yang dipercayai mabuk telah bertindak diluar kawalan dengan memasuki masjid.

Di dalam masjid, dia sempat mengumandangkan azan yang sebenarnya pada ketika itu belum masuk waktu solat.

Advertisement

Dalam video itu juga, seorang lelaki tidak berbaju dengan hanya memakai seluar dilihat berjalan masuk ke dalam masjid.

Ketika berada di masjid, kelihatan seorang lelaki tua sedang solat sunat.

Lelaki tersebut terus menuju ke kawasan mimbar dan memasang rakaman azan.

Lelaki tua itu selepas solat sunat terus menegur lelaki mabuk tersebut.

Terjadi perbualan antara mereka berdua. Bagaimanapun, rakaman video itu tidak menangkap dengan jelas kandungan perbualan mereka.

Advertisement

Tetapi yang pasti, nampaknya lelaki itu sedar akan kelakuannya yang sangat memalukan. Dia segera berjabat tangan dengan lelaki tua itu, menciumnya, dan segera meninggalkan masjid.

Sumber: suara sumbar

@malaysianupdatenews Selepas minum arak, lelaki tidak berbaju ini masuk ke dalam masjid, mengumandangkan azan, walaupun belum waktu solat. #beritaditiktok #NewsAtTikTok #TrendingNewsMalaysia #malaysianupdate #global ♬ original sound – Malaysian Update

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel