Connect with us

Global

16 kanak-kanak cedera parah, gelongsor air di taman tema tiba-tiba pecah

Indonesia – Seramai 16 orang pengunjung dilapor cedera dalam kejadian runtuhan gelongsor air di Taman Tema Kenjeran (Kenpark) Surabaya, Jawa Timur, semalam.

Memetik laporan Kompas.com, Badan Penanggulangan Bencana Daerah (BPBD) Surabaya mengesahkan bahawa terdapat 16 mangsa yang kebanyakannya kanak-kanak telah terlibat dalam tragedi ngeri itu.

Ketua BPBD Surabaya, Ridwan Mubarun berkata, kejadian tersebut berlaku sekitar pukul 1.30 petang waktu tempatan.

“Betul, kejadian itu berlaku pada hari ini (semalam), lebih kurang jam 1.30 petang dan lokasinya di Jalan Kenjeran (Waterpark Kenjeran Baru),” katanya.

Advertisement

Menurutnya, kejadian bermula apabila pengunjung menggunakan gelongsor di taman tema tersebut.

“Maklumat dari pengawal keselamatan mendapati bahawa kejadian berlaku apabila beberapa sambungan gelongsor tiba-tiba pecah dan runtuh ketika pengunjung berada di atas permainan tersebut,” kata Ridwan.

Akibatnya, puluhan pengunjung dilaporkan telah terjatuh dari gelongsor berketinggian 10 meter itu.

“Kami mengesyaki punca sambungan gelongsor itu pecah disebabkan oleh suhu cuaca yang semakin meningkat,” katanya.

Difahamkan, kesemua mangsa telah dirawat dalam kadar segera oleh pasukan perubatan di Hospital Soewandhie dan Hospital Soetomo.

Advertisement

“Lapan orang mangsa berada di Hospital Soewandi dan lapan orang lagi di Hospital Soetomo,” ujar Ridwan lagi.

Sementara itu, video ketika kejadian telah tular di media sosial sejak semalam yang jelas memperlihatkan detik-detik ketika kesemua mangsa terjatuh dari gelongsor tersebut.

Sumber: Kompas.com

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel