Connect with us

Global

Tolak hubungan intim kerana sedang hamil, seorang ayah tergamak hempas anak hingga meninggal

Seorang pekerja binaan dilapor bertindak menghempas anaknya di Jalan Rodriguez Montalban Rizal berhampiran kediamannya di Villa San Isidro, Barangay San Isidro, Filipina pada 27 April 2022 sekitar jam 9:00 pagi.

Dia menghempas anaknya di atas jalan berturap bertubi-tubi, namun masih tidak berpuas hati lalu dia kemudian terus membelasah anaknya itu dengan kejam.

Mangsa dikenali sebagai Erron Vareces berusia 7 tahun manakala pelaku yang juga bapanya, Erano Veraces Sailoman, berusia 26 tahun.

Marcelino Pipo, ketua Polis Rodriguez, memberitahu Buletin Manila bahawa Veraces, menurut isterinya, dilarang keluar rumah kerana kelakuannya yang tidak terkawal.

Advertisement

Menurut kenyataan isterinya, ketika kejadian, suspek meminta untuk melakukan hubungan seks namun isterinya menolak kerana mengandung.

Ibu mangsa dan jiran-jiran terkejut kerana suspek secara tiba-tiba mengejar anak kandungnya dan menghempasnya beberapa kali di atas jalan berturap.

Suspek ketika itu disyaki mabuk dan mengambil dadah.

Mangsa segera dibawa ke hospital berhampiran, namun mangsa disahkan meninggal dunia sebaik tiba di sana.

Sementara itu, suspek dipukul oleh orang ramai akibat marah dengan perbuatannya terhadap kanak-kanak tersebut sebelum pihak polis tiba dan menahannya.

Advertisement

Pelaku itu disahkan meninggal dunia pada hari berikutnya di dalam sel tahanannya, menurut kenyataan polis pada hari Jumaat, 29 April 2022.

Menurut laporan Balai Polis Rodriguez, suspek, Eraño Veraces, disahkan meninggal dunia sebaik tiba di hospital sejurus selepas tengah hari pada hari Khamis, 28 April 2022.

Polis berkata sebelum kematian Verace, dia dilihat menghantukkan kepalanya ke dinding di dalam sel. Dia kemudian jatuh pengsan, banduan lain memanggil pegawai polis dan membawanya ke hospital. Pihak hospital juga berkata Veraces telah meninggal dunia ketika dia tiba.

@malaysianupdatenews Tolak hubungan intim kerana sdg hamil, ayah tergamak hempas anak hingga mati. 😭 #beritaditiktok #NewsAtTikTok #TrendingNewsMalaysia #malaysianupdate ♬ Ya Allah – Wali

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel