Sukan SEA: Yan Yee & Ker Ying sumbang pingat emas keempat negara

HANOI, 9 Mei (Bernama) — Kilauan pingat emas terus dituai skuad terjun kebangsaan selepas pasangan Ng Yan Yee-Ong Ker Ying mempamerkan aksi cemerlang untuk mendominasi saingan final acara 3 meter (m) papan anjal seirama wanita Sukan SEA ke-31 di Pusat Akuatik My Dinh di sini, hari ini.

Yan Yee-Ker Ying yang pertama kali bergandingan di pentas antarabangsa dinobatkan sebagai pemenang apabila mengumpul keseluruhan 276.30 mata dalam lima terjunan.

Pasangan tuan rumah, Mai Hong Hanh-Ngo Phuong Mai yang memungut 237.57 mata meraih pingat perak, sementara gangsa menjadi milik wakil Singapura Ashlee Tan Yi Xuan-Fong Kay Yian selepas mengumpul 229.41 mata.

Pencapaian dilakar Yan Yee-Ker Ying adalah pingat emas keempat disumbangkan kem terjun negara di temasya sukan dwitahunan itu, selepas Ooi Tze Liang turut cemerlang merangkul emas dalam acara 1m papan anjal lelaki pada saingan final terdahulu.

Advertisement

Kem terjun akan meneruskan pemburuan pingat emas esok dengan Yan Yee dan Ker Ying menggalas cabaran negara dalam acara 3m papan anjal wanita, sementara gandingan Jellson Jabillin-Hanis Nazirul Jaya Surya bertanding dalam acara 10m platform seirama lelaki.

Malaysia menyasarkan menyapu bersih kesemua lapan pingat emas yang dipertandingkan pada Sukan SEA edisi kali ini.

Sumber: BERNAMA

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement

Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Motosikal Bergesel Dengan Lori, Penunggang Tercampak Atas Penghadang Besi

Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya bergesel dengan sebuah lori sebelum tercampak ke atas… Read More

5 hours ago

Pesawat ringan terhempas di Sungkai, dua mangsa selamat

IPOH: Sebuah pesawat ringan bagi tujuan latihan terhempas di kawasan ladang Besaut 2 Tambahan, Sungkai… Read More

1 day ago

Sadis! Isteri dibunuh dan dikerat-kerat, daging kemudian ditawar kepada jiran

JAKARTA - Seorang lelaki di Indonesia tergamak cuba 'membahagikan' daging tubuh isterinya sendiri selepas membunuh… Read More

1 day ago

Arif ajak Rini untuk bersetubuh sebelum dibunuh & disumbat dalam bagasi

Misteri sebuah bagasi berisi mayat wanita yang ditinggalkan dalam belukar di Jalan Kalimalang di Bekasi,… Read More

2 days ago

Aniaya Bella: Mahkamah Tinggi Kekalkan Sabitan Dan Hukuman Penjara 12 Tahun Siti Bainun

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Mahkamah Tinggi hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara… Read More

3 days ago

Ketua Polis Negara sahkan Papagomo ditahan

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan Wan Muhammad Azri Wan Deris… Read More

5 days ago