Connect with us

Jenayah

Tayang kayu, halang kereta lain, polis buru pemandu Myvi samseng

Satu kertas siasatan dibuka berhubung kes pemandu Myvi putih yang memandu secara berbahaya dan bertindak menghayun sebatang kayu kepada pemandu lain, di Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2), seperti yang tular di media sosial, hari ini.

Ketua Polis Sentul Beh Eng Lai, berkata pihaknya menerima laporan daripada seorang lelaki, pada 9 malam tadi, susulan tidak berpuas hati dengan tindakan pemandu Perodua Myvi itu.

Katanya, kejadian berlaku ketika mangsa sedang memandu, di Jalan MRR2, berhampiran Taman Layang-Layang, namun secara tiba-tiba sebuah Perodua Myvi berwarna putih yang berada di hadapan, bertindak membrek sedikit demi sedikit.

“Ia menyebabkan mangsa hampir berlanggar dengan kereta terbabit sebelum suspek mengeluarkan sebatang kayu panjang melalui tingkap keretanya sambil menjerit-jerit, namun mangsa tidak pasti apa yang dituturkan lelaki itu.

Advertisement

“Mangsa mengabaikan perkara itu dan meneruskan pemanduan seperti biasa, namun kejadian yang dialami mendatangkan kegusaran kepadanya,” katanya dalam kenyataan.

Beh berkata, polis kini sedang mengesan suspek dalam video dirakam mangsa untuk membantu siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan kesalahan menakutkan secara jenayah.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh berhubung dengan pegawai penyiasat Ahmad Syukor di talian 012-76774731 atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul di talian 03-40482222,” katanya.

Terdahulu, tular video di media sosial Facebook memaparkan sebuah Perodua Myvi membuat provokasi dan halangan terhadap pemandu kenderaan lain.

Advertisement

Pemandu terbabit juga dilihat mengeluarkan sebatang kayu panjang dari dalam kereta sebagai bentuk provokasi terhadap kenderaan yang membunyikan hon kepadanya.

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel