Connect with us

Terkini

Kereta terbakar mengundur di Genting, mujur Vellfire jadi ‘penghalang’

Tular dua rakaman video di aplikasi TikTok memperlihatkan sebuah kereta terbakar di tepi jalan dalam kejadian di Genting Highlands, Pahang yang dimuat naik semalam.

Seorang pengguna TikTok, kas_man88_tks berkongsi rakaman awal ketika kenderaan yang didakwa jenis Hyundai Elantra itu dalam keadaan marak sambil diperhatikan orang ramai.

Menerusi rakaman berdurasi saat itu, kelihatan juga terdapat orang awam cuba membantu untuk memadam kebakaran menggunakan alat pemadam api namun tidak berjaya.

Lebih mengundang situasi panik apabila kereta berwarna putih itu tiba-tiba mengundur ke belakang menuruni bukit menyebabkan pemandu jalan raya lain cemas.

Advertisement

Video dimuat naik ren.pmx memaparkan beberapa buah kenderaan cuba bergerak dan mengelak daripada berlanggaran sebelum kereta berkenaan ‘terlanggar’ Toyota Vellfire sekali gus berhenti mengundur.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet mengucapkan penghargaan kepada pemilik Toyota Vellfire kerana ‘berkorban’ daripada membuatkan situasi menjadi lebih buruk.


Bagaimanapun, terdapat juga individu meluahkan rasa simpati kepada mangsa terlibat dan mendoakan agar kesemunya dipermudahkan urusan.

@malaysianupdatenews Kereta terbakar mengundur di Genting, mujur Vellfire jadi ‘penghalang’. #beritaditiktok #NewsAtTikTok #TrendingNewsMalaysia #malaysianupdate ♬ Sayang Sampai Mati – Repvblik

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel