Connect with us

Global

Seram! Duta Rusia ‘disiram’ darah di Poland

Nasib malang menimpa Duta Rusia ke Poland Sergey Andreev apabila dia tiba-tiba disiram cecair merah darah oleh sekumpulan massa yang mengadakan protes berkaitan perang di Ukraine pada hari Isnin (9/5/2022) waktu Poland.

Tindakan menyiram terhadap Duta Rusia berlaku apabila Sergey Andreev melakukan perarakan meletakkan bunga di Tanah Perkuburan Tentera Soviet di Warsaw, tanda ulang tahun ke-77 kemenangan ke atas Nazi Jerman.

Rakaman video tindakan menyimbah Duta Rusia dengan cecair merah di kawasan itu telah disebarkan secara meluas di Twitter. Di mana sekumpulan orang yang memegang beberapa bendera Ukraine mengepung delegasi Rusia dan menjerit laungan ‘fasis’.

Dalam kejadian itu secara tiba-tiba Duta Rusia disimbah cecair merah darah tepat di mukanya.

Advertisement

Selepas kejadian itu, Andreev berkata bahawa dia dan pasukannya tidak mengalami kecederaan.

“Kami akan mengadakan bantahan rasmi. Apabila mereka mencadangkan agar kami tidak mengadakan acara yang lebih besar, kami bertemu mereka ketika separuh jalan, kami tidak memburukkan lagi keadaan,” katanya.

Temu bual oleh media televisyen TVN24 menunjukkan salah seorang penunjuk perasaan pada perhimpunan itu mengatakan duta Rusia layak disimbah dengan cecair merah.

“Dengan sepenuh hati kami, kami bersama Mariupol,” katanya, merujuk kepada bandar Ukraine yang musnah akibat perang Rusia-Ukraine.

Diketahui, sehari sebelum kejadian, TVN24 melaporkan bahawa perkataan “Bunuh Putin” ditemui, ditulis dalam warna biru dan kuning, sama dengan warna bendera Ukraine, di sebuah monumen di tanah perkuburan. Bagaimanapun, siaran itu kemudiannya dipadamkan.

Advertisement

Laporan media mengatakan lebih tiga juta rakyat Ukraine telah melarikan diri ke Poland sejak perang bermula pada 24 Februari 2022.

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel