Connect with us

Global

Wanita dakwa jumpa ekor tikus dalam bebola bakso yang dimakannya

Tular satu video di TikTok, seorang wanita yang mendakwa bahawa hidangan bakso yang dijamah pengguna TikTok itu diperbuat daripada daging tikus.

Terkejut dengan kejadian itu, wanita tersebut telah memuat naik video menunjukkan daging yang dimakan olehnya.

Bebola daging itu tinggal sedikit sahaja lagi dan yang selebihnya sudah dimakan. Bagaimanapun, pengguna TikTok itu terus berhenti makan kerana menemui sesuatu yang ‘aneh’.

Menerusi video berdurasi 12 saat itu, dapat dilihat daging yang panjang dan bertekstur halus seperti ekor tikus.

Advertisement

Daging itu cuba dipotong menggunakan sudu tetapi tidak berjaya kerana ia kenyal seperti ekor haiwan.

“Beli bakso itu di Karawang. Jadi trauma nak makan bakso. Dah lah malam itu lapar sangat, makan sekali dengan nasi. Terpaksa dimuntahkan semula makanannya sampai perut kosong balik,” tulis pengguna TikTok itu.

Difahamkan, dia mahu membawa lebihan bakso tersebut ke makmal untuk melakukan pemeriksaan tetapi tidak berlaku.

“Terus geli simpan dekat dapur, terus muntahkan balik semuanya. Kalau beli lagi, kemungkinan bahannya daging yang sama ke tak ya? Saya simpan di dapur dekat tempat basuh pinggan dan agaknya suami saya sudah buang semua bakso itu,” katanya lagi.

Perkongsian video itu mengundang kekecohan dalam kalangan netizen di negara tersebut khususnya bagi penggemar bakso.

Advertisement

“Itu nama dia bakso mickey mouse,” kata seorang netizen.

“Jadi tak selera nak makan bakso,” kata seorang lagi netizen.

@malaysianupdatenews Wanita dakwa jumpa ekor tikus dalam bebola bakso yang dimakannya. #beritaditiktok #NewsAtTikTok #TrendingNewsMalaysia #malaysianupdate #global ♬ Lauk Kitai – Urai

Sumber: Suara.com

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel