Connect with us
MakesScents Perfume

Pilihan Editor

Tangkapan kes tular ke atas seorang lelaki di bandar baru samariang

KUCHING: Pihak Polis mengesahkan menerima satu laporan berkenaan satu posting tular di laman FB yang memaparkan perbuatan buli ke atas seorang lelaki gelandangan .Kes berlaku di Bandar Baru Samariang Petra Jaya Kuching.

Dalam kejadian ini ,klip video memaparkan seorang suspek lelaki tempatan telah membakar mercun dan dihalakan kepada mangsa yang sedang berehat dibelakang tangga bangunan . Suspek yang sama juga telah menakut-nakutkan mangsa dan cuba memukul nya. Perbuatan suspek ini telah dirakam oleh rakan sekerjanya .

Berikutan video yang telah tular tersebut ,satu laporan polis telah dibuat dan kes ini disiasat dibawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan iaitu mendatangkan cedera keatas mangsa dengan menggunakan objek , jika sabit boleh dihukum penjara 3 tahun atau denda dan juga siasatan dibawah 286 Kanun yang sama kerana cuai berkenaan apa-apa bahan Letupan Mercun ,jika sabit boleh dihukum sehingga 6 bulan atau denda.

Kedua dua suspek yang terlibat telah ditangkap dan akan direman di Mahkamah Kuching pada 11 Mei 2022 . Saringan urin awal ke atas kedua-dua suspek adalah negatif. Kedua-dua suspek akan dituduh di Mahkamah sebaik sahaja mendapat arahan lanjut dari Pejabat Peguam Negara.

Pihak Polis menasihatkan orang awam agar tidak bertindak melampaui batas yang boleh mengakibatkan kemudaratan kepada orang awam yang lain.

MakesScents Perfume

ACP Ahsmon Bajah
Ketua Polis Daerah Kuching

11 Mei 2022

Sumber: Sarawak Edition SE

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Continue Reading
Advertisement

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement MakesScents Perfume

Join our Telegram Channel