Connect with us

Global

Wanita muat naik video disyaki hisap dadah

Seorang wanita menjadi tular kerana video yang dimuat naiknya dipercayai sedang menghisap dadah.

Video tersebut dimuat naik semula oleh akaun @kabarnegri di rangkaian media sosial Instagram pada Isnin (09/05/2022).

Dalam rakaman video itu menunjukkan seorang wanita memakai t-shirt merah sambil merakam dirinya.

Kedua-dua tangan wanita itu dilihat memegang barang bersama. Tangan kanannya memegang pemetik api, manakala tangan kirinya membawa pembalut leper putih yang panjang dan kecil.

Advertisement

Bungkus putih itu disyaki netizen sebagai dadah.

Dalam video yang dipercayai berlaku di Indonesia itu, Wanita tersebut dilihat menyalakan api ke dalam bungkusan putih itu sambil tersenyum ke arah kamera.

Dia kemudian menyedut barang itu seperti merokok dan menghembus asap sambil batuk.

Difahamkan, wanita itu telah memuat naik video itu di laman Facebook miliknya.

Video tersebut dikatakan mendapat pelbagai respon daripada daripada netizen.

Advertisement

Bukan itu sahaja, wanita itu juga dilaporkan menerima kecaman kerana disyaki menyalahgunakan dadah secara terbuka.

Sumber: Beritahits id

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel