Connect with us
MakesScents Perfume

Viral

Lelaki dipenjara 12 hari halang tugas polis iring konvoi TYT Sarawak, pandu secara berbahaya

KUALA LUMPUR 10 MEI – Seorang pekerja syarikat penyelenggaraan dipenjara 12 hari dan didenda RM10,000 oleh dua Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini, kerana menghalang tugas anggota polis yang mengiringi konvoi Yang Dipertua Negeri Sarawak dan memandu kereta secara melulu serta berbahaya di Lebuh Raya Sultan Iskandar, Jumaat lepas.

Majistret Aina Azahra Arifin menjatuhkan hukuman penjara tujuh hari dan denda RM3,000 terhadap Erdy Errwan Hamdan, 36, selepas dia mengaku bersalah menghalang Lans Koperal Mohd Azwar Iqbal Chinang, daripada menjalankan tugas rasminya mengiringi Yang Dipertua Negeri Sarawak di Lebuh Raya Sultan Iskandar, pada 11.30 malam, 6 Mei lepas.

Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda maksimum RM10,000 atau kedua-duanya.

Majistret Amanina Mohamad Anuar pula menjatuhkan hukuman penjara lima hari dan denda RM7,000 serta tertuduh hilang kelayakan memegang atau mendapatkan lesen memandu tidak kurang lima tahun, selepas lelaki itu mengaku memandu kereta Honda Civic berwarna kuning dengan cara melulu dan berbahaya kepada diri sendiri dan pengguna jalan raya, pada 10 malam di lokasi dan tarikh yang sama.

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan boleh dihukum akta sama, yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun dan denda tidak kurang RM5,000 dan maksimum RM15,000 serta hilang kelayakan memegang atau mendapatkan lesen memandu tidak kurang lima tahun.

Aina Azahra memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara tujuh hari itu bermula dari tarikh tangkap pada 7 Mei lepas atau dipenjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda, manakala Amanina memerintahkan hukuman penjara lima hari itu, berkuat kuasa hari ini atau dipenjara lima bulan jika denda gagal dibayar.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Nurilya Ellyna Norazman dan Pegawai Pendakwa Inspektor Abdullah Khazali, memohon hukuman setimpal bagi memberi pengajaran kepada tertuduh dan masyarakat.

MakesScents Perfume

Erdy Errwan yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan kerana dia yang berpendapatan RM1,600 hingga RM1,700, perlu menanggung isteri serta dua anaknya masing-masing berumur enam dan tiga tahun selain bapanya baharu meninggal dunia.

Mengikut fakta kes, pada hari kejadian, semasa konvoi yang diiringi oleh anggota polis melalui Lebuh Raya Sultan Iskandar ke susur keluar Jalan Tunku Abdul Halim, sebuah kereta Honda Civic dari arah belakang dipandu secara melulu di lorong kiri jalan sehingga menyebabkan berlaku pergeseran dengan sebuah lagi kenderaan lain.

Berdasarkan rakaman kamera papan pemuka berdurasi 0.53 minit, Honda Civic itu bergerak laju dan memintas konvoi melalui laluan kecemasan di kiri jalan serta mengabaikan isyarat oleh juru iring supaya keluar dari laluan konvoi.

— BERNAMA

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Continue Reading
Advertisement

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement MakesScents Perfume

Join our Telegram Channel