Connect with us

Global

Keranda bawa mayat wartawan Al-Jazeera terjatuh selepas tentera Israel pukul orang awam dengan belantan

Keganasan meletus di hospital Baitulmaqdis pada Jumaat ketika polis Israel menyuraikan orang ramai terdiri daripada warga Palestin yang berarak mengusung keranda mayat wartawan yang ditembak mati di ke upacara pengebumiannya.

Suasana upacara pengebumian yang disiarkan Palestine TV tersebut menunjukkan keranda wartawan Al Jazeera, Shireen Abu Akleh terjatuh namun berjaya disambut semula oleh seorang lelaki selepas terlepas daripada usungan apabila polis dilihat merempuh orang ramai bagi merampas bendera Palestin yang turut sama dibawa bagi pengebumiannya.

Israel melarang orang ramai mengibarkan bendera Palestin dan sering menyasarkan individu yang menaikkan bendera semasa perhimpunan atau protes di bandar itu.

Di Twitter, seorang tokoh Palestin, Hanan Ashrawi menciap “pasukan khas #Israel yang ganas menyerang perarakan pengebumian yang mengusung keranda” Abu Akleh ketika meninggalkan hospital St Joseph.

Advertisement

“Sikap tiada perikemanusiaan Israel ditunjukkan secara terang-terangan”, kata bekas pegawai tertinggi Pertubuhan Pembebasan Palestin itu.

Dalam satu kenyataan, polis berkata mereka telah mengadakan perbincangan dengan keluarga Abu Akleh lebih awal sebelum ini bagi “membolehkan proses pengebumian dijalankan secara penuh hormat.

“Malangnya, dengan menggunakan nama pengebumian dan mengambil kesempatan (atas peristiwa itu), ratusan orang mula mengganggu ketenteraman awam sebelum ia bermula,” kata polis.

“Ketika keranda mula keluar dari hospital, batu dilemparkan ke arah pegawai keselamatan dari bangunan hospital, dan mereka terpaksa menyuraikan rusuhan,” tambah kenyataan itu.

Polis Israel turut mengeluarkan klip video di mana seorang pegawainya berucap kepada orang ramai melalui pembesar suara.

Advertisement

“Jika anda tidak menghentikan sorakan dan lagu kebangsaan (Palestin), kami perlu menyuraikan anda menggunakan kekerasan dan kami tidak akan membenarkan pengebumian dilaksanakan,” kata pegawai dalam rakaman video itu.

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel